Tuesday, 1 November 2011

Kisah Suami Isteri

Dear diary..

Kali ni just nak share apa yang berlaku dalam kehidupan i sehari-harian jer.Sebab i nak remind myself tentang a few little things yang buat i senyum..


Kisah 1 - Pakaian mempengaruhi perwatakan

Jumaat lepas, i dengan hubby pegi kat Angsana sebab ada Pesta Buku.Masa nak balik tu,tetiba hari hujan selebat-lebatnya jadi hubby cakap,tunggu hujan reda baru dia hantar i balik ofis.I pun ok jer lah so sementara menunggu,i pun cuba membuat sedikit PDA (bukan nak cium tau,nak peluk-peluk lengan jer).

Hubby : Hah,awak jangan nak macam-macam.
(belum sempat i buat apa-apa dia dah sound)

Wifey : Laaa..kenapa?Laki saya..suka ati saya lah nak pegang..

Hubby : Awak tak sedar ke awak pakai baju apa?

Wifey : Oh..betul jugak..yelah-yelah,saya tak pegang awak..

Sebenarnya,i pakai baju kurung (almaklumlah,tengah bekerja kan?Kalau kerja,i memang hari-hari pakai baju kurung).Hubby i pulak jenis yang kalau i pakai baju kurung,dia mesti suruh i jaga tingkah laku.Bila i tanya sebabnya,dia jawab camni..
Muka awak tu dahlah macam muka Melayu,tambah lagi pakai baju kurung.Nanti orang cakap awak tu perangai tak senonoh,dahlah orang Islam tapi masih nak berpeluk-peluk segala.Saya tak nak orang kutuk awak.

Heeee..comelkan?Walaupun i bukan Islam,tapi pada pandangan orang,i ni Melayu since muka i tak macam muka orang Cina atau India.So,he's right..tak eloklah i membuat orang lain memfitnah i kan?  

Kisah 2 - Demam Korea
Tengah i berjalan-jalan kat Giant,tetiba hubby menarik hujung lengan baju i supaya i ke tepi.

Wifey : Eh,awak ni kenapa?Sakit tau saya.

Hubby : Ada orang nak lalu kat belakang awak.

Wifey : Habis tu,perlu ke awak tarik lengan baju saya?Takkan la orang tu tak boleh cakap excuse me. (dalam hati i dah fikir,kalau pekerja Giant tu berani langgar i,i komplen terus)

Hubby : (gelak-gelak saja.geram betul)

Wifey : Awak tu memang tak sayang saya.

Hubby : Nanti awak kena langgar.

Wifey : Kalau awak kena langgar,saya buat camni tau..  (I pun demo la.I paut pinggang dia supaya dia ke tepi i)

Hubby : Saya rasa awak terlalu banyak tengok cerita Korea ni.Mana ada orang kat realiti buat camtu.Mengarut betul.

Wifey : T_T

Sekian,terima kasih.