Monday, 24 October 2011

You're Beautiful - Drama Korea


I tengok drama You're Beautiful ni Sabtu lepas.Drama 16 episod ini mengisahkan tentang Go Mi Nam yang terpaksa menyamar sebagai abang kembar dia untuk masuk dalam kumpulan K-Pop (AN.JELL) yang telah dianggotai tiga orang anggota yang lain iaitu Tai Kyung,Sing Wook dan Jeremi (ok,kenapa ayat ni macam teks ucapan PM jer?)Pastu,Mi Nam jatuh cinta kat Tai Kyunng.Cerita seterusnya boleh dikatakan kita macam boleh agak la kan.Drama korea selalu camni..mula-mula jatuh cinta,pastu banyak halangan dan last sekali bahagia.


Drama ni adalah drama No. 1 korea tau.Dari senarai 1801 (kalau tak silap),drama ni menduduki carta no 1.I berjaya menghabiskan drama ni dalam masa 1 hari setengah.Dari 6 petang sampai 1 petang keesokkan harinya,tanpa tidur,tanpa makan,tanpa mandi..memang marathon abis la.Tapi memang berbaloi sangat.


Inilah patung yang Tai Kyung buat untuk Mi Nam

Apa yang best pasal drama You're Beautiful ni?

I suka sebab drama ni lengkap tau.Maksudnya setiap watak tu,ada endingnya.Kita takkan tertanya-tanya,apa jadi kat watak si polan ni,si polan tu.Part yang kelakar,memang kelakar abis.Part yang sedih,i memang nangis.Lagu-lagu kat dalam ni pun best sangat sampai i rasa rugi sangat sebab tak faham bahasa Korea.



Babak kegemaran i?

I suka semua babak yang ada Mi Nam dan Tai Kyung.Tengok bintang sama-sama,bagi necklace yang ada pendant bintang,tengok wayang,buatkan anak patung,cakap I love u,kiss..alahai romantik giler okey.I jatuh cinta berkali-kali kat Tai Kyung tu walaupun i memang tak suka tengok laki pakai eyeliner.Ta Kyung tu memang best,i dah jatuh cinta kat dia sejak i first scene dia tau.Watak dia kat dalam ni cam sangat ego,perfectionist tapi sangat sweet dan romantik.

 Comelkan?Bagi i..lelaki akan nampak extra hensem kalau pakai tshirt putih dan jeans.

Apa yang i tak suka?

I tak suka sebab i rasa macam babak hero heroin dia tak cukup banyak untuk memuaskan hati i ni sebab kalau boleh tiap masa nak tengok dua orang ni bercinta-cinta jer.Hehehe..

Komen secara keseluruhan..

Kalau ikut i,cerita ni memang sangat best.Antara drama korea yang paling best yang i pernah tengok.Kalau minat drama korea,wajib tonton drama ni.

Take care!