Thursday, 20 October 2011

Tips Memakai Concealer Untuk Yang Berkulit Kering

Hai kengkawan!

Sejak kebelakangan ni,i perasan yang dark circle i macam makin ketara pulak.Walaupun i dah pakai eye cream tapi takkanlah pakai sekali,mata terus jadi cerah pulak kan?Jadi,i fikir,memandangkan it takes time untuk i menghilangkan kekurangan di muka i ni,jadi i decide untuk menyembunyikan kekurangan tersebut menggunakan concealer.

Maka i pun membeli concealer ni.


Masa minggu pertama pakai,i perasan yang concealer i tak nampak neutral,cakey,pastu macam mengelupas kat bawah mata..pendek kata nampak buruklah.Tak kira i pakai sikit ke,banyak ke,masih jugak camtu.I mula rasa yang concealer ni tak bagus dan nak bagi kat orang lain tapi rasa macam membazir pulak..

Jadi selepas beberapa percubaan,ini tips i menggunakan concealer bagi yang berkulit sangat kering macam i.

Lepas guna pencuci muka,toner dan pelembab,pastikan kita guna eye cream yang betul-betul melembabkan bawah mata kita tapi jangan sapu kat kelopak mata tau sebab nanti bila kita sapu bedak,bahagian mata akan nampak cakey.

Kemudian kita biarkan dalam 5-10 minit untuk eye cream tu meresap.(Biasa i guna waktu ni untuk sapu losyen kat badan).

Bila cream tu dah meresap,barulah kita letak concealer tu di bawah mata bagi menyembunyikan dark circle.Sekali lagi,jangan sapu di kelopak mata terutama bagi yang ada kelopak mata berlapis sebab nanti concealer ni akan masuk dalam garisan kelopak mata tu dan akibatnya,kelopak mata kita nampak ada line. (I tak tau macam mana nak explain tapi kalau ada yang tak faham,sila tanya ye..).

Tips yang paling penting..
Sebelum dab concealer tu,gosokkan jari manis pada tapak tangan terlebih dahulu supaya jari  sedikit panas dan terus dab kan perlahan-lahan di bawah mata.Never rub your concealer tau,just dab it gently.Untuk mata yang sebelah,ulangi lagi langkah yang sama.

Kenapa nak panaskan jari i?

Sebab haba pada jari akan membantu concealer tu untuk blend dengan sekata dan natural.Almaklumlah,seperti sesetengah orang yang berkulit kering,tangan i adalah sangat kering dan kasar jadi kalau nak tunggu tapak tangan i berpeluh,memang tak mungkin..  (n_n).

Last sekali,lepas concealer tu diratakan,jangan sapu bedak pada bawah mata sebab nanti,bawah mata tu akan nampak mengelupas dan cakey.Garis halus pun akan kelihatan dengan sangat jelas.Sapu kat bahagian kelopak mata jer okey?

Cara ni berkesan untuk i yang baru belajar menggunakan concealer.Kalau orang lain ada cara lain yang lebih efektif,jomlah share jugak.

Take care!