Friday, 21 October 2011

Someone Please Give Me An Answer!

Hai kengkawan!



I nak bagi satu situasi yang i amat tak faham dan kalau boleh i nak beberapa pendapat..

Katakan ada seorang lelaki yang bernama X.X ialah seorang lelaki yang biasa-biasa jer..a normal guy who you don't mind to love and live with.

Lepas tu,ada seorang perempuan bernama A.A seorang perempuan yang manja,suka diberi perhatian,sensitif,kuat merajuk..tu kan sikap tipikal yang ada pada seorang perempuan.

Kemudian,ada lagi seorang perempuan bernama B.B juga seorang perempuan yang manja,suka diberi perhatian,sensitif,kuat merajuk.

Memandangkan A dan B mempunyai sikap yang agak sama,maka they don't like each other.Satu lagi persamaan antara A dan B ialah mereka ialah orang kesayangan X.

Perbezaan antara A dan B ialah A ni jenis yang malas nak bercakap,malas nak mengadu,malas nak bergantung kat X sebab bagi A,kalau benda tu dah berlaku,nak mengadu apa pun tak guna.Dan A jenis yang nak kehidupan yang ringkas.Kalau ada masalah,selesaikan sendiri dan jalanilah hidup macam there is no tomorrow.

B pula jenis yang sekecil-kecil kuman pun nak mengadu,nak minta pendapat X,hatta flu pun nak bagitahu kat X.Kalau ada masalah atau apa,semua nak bagitau kat X.Mungkin kedengaran sedikit menjengkelkan tetapi B memang jenis yang begitu.Mungkin dari kecil dia memang begitu jadi mungkin itu bukan salah dia (banyaknya mungkin di sini).

Apa yang menimbulkan persoalan i yang i langsung tak faham ialah..
Dalam keadaan ini,mengapa X seolah-olah lebih mengasihani B berbanding A sedangkan pada hakikatnya A juga mempunyai masalah,A juga sakit,A juga layak untuk disayangi dan dikasihani?

Atau dalam soalan yang lebih ringkas,kenapa lelaki lebih menyayangi  perempuan yang desperately seek for attention dibandingkan dengan perempuan yang biasa-biasa sahaja?

Tapi kalau ditanya,pastinya kebanyakkan lelaki akan mengatakan,tak suka perempuan yang terlalu bergantung kat diaorang,kalau boleh nak perempuan yang berdikari..sedangkan realitinya,lelaki lebih dekat pada perempuan yang suka bergantung ni?

KENAPA?