Thursday, 5 January 2012

Saat Magikal Bersama Lip Ice

Hai kengkawan!

I beli yang perisa apple sebab i suka hijau

Tahukah korang bahawa i adalah pengguna setia lip balm?I sentiasa memastikan bibir i ada lip balm 24/7 dan i biasanya menggunakan lip balm berkali-kali dalam sehari.Sebelum pergi kerja,dalam pejabat,lepas lunch,sebelum tidur dan bila-bila i rasa inginkan something untuk bibir i. (satu-satunya bahagian badan i yang i tak pernah komplen ialah bibir i jadi obviousla i do love my lips,kan?)

Kali ni i nak cerita tentang Lip Ice Apple Lip Balm.I beli Lip Ice ni dengan harga RM7.56 di Guardian.Oh ya,sebelum ni,i pernah mengkritik Lip Ice kat entri ni dan sekarang i bersyukur sebab LipIce dah menambahbesarkan (sesuka ati jer guna perkataan ni) diameter lipbalm dia which is i love sangat!!


Kenapa i tergerak hati nak pakai produk ini?
I dapat sample dari LipIce dan lepas try sample,i rasa cam best pulak.Selalu camni,asal dapat barang free,mesti i akan terbeli jugak. (n_n)  Kalau korang rasa-rasa nak dapat free sample,pegi kat fanpage LipIce Malaysia.

Free sample.Comelkan?Boleh pakai lama walaupun kecil..i pakai dalam sebulan.

Apa yang produk ini claim?
A lip balm for every occasion and lifestyle as it moisturizes and protect your lips.Refreshing fun fruity flavour,contains natural moisturizing ingredients,unique cooling sensation and SPF15 sunscreen protection.

Apa yang i suka pasal produk ini?
LipIce ni melicinkan bibir so i suka sangat-sangat.

Apa yang i tak suka?
Penutup dia macam susah sikit nak buka tapi its not a big deal.

Jatuh cinta tahap?
10/10. Definitely akan beli lagi.

Ini yang paling penting..apakah saat magikal i bersama LipIce?
Wifey : Sayang..apa ek bahagian kat muka saya yang paling awak suka?
Hubby : Bibir awaklah.
Wifey : (senyum malu konon-konon walhal suka sangat) Hmm..kenapa?
Hubby : Sebab bibir awak tak kering..cantik..
Suami i bukan jenis yang suka memuji.Jarang sangat-sangat dia nak memuji apa-apa benda sekalipun.Jadi bila dia memuji tu,i rasa happy sangat-sangat sebab pujian dia mahal,hanya diberikan once in a blue moon.

Thanks so much LipIce.
 (xoxo-kiss and hugs-xoxo)