Thursday, 6 October 2011

A Man Of My Life

He was born on 22 December 1941

Masa i berumur empat hingga tujuh tahun,i dijaga oleh datuk dan nenek i.Tapi kat sini,i nak cerita pasal datuk i sebab i sentiasa menjadi cucu kesayangan datuk i, mungkin sebab i cucu sulung.Datuk i merupakan seorang lelaki yang sangat cool,sangat tegas,degil dan paling i suka,sangat pemurah dan baik hati.Dia paling suka menonton gusti,semua filem aksi dan dulu,dia suka menyabung ayam.Dan dia sangat minat Hulk Hogan. 

I masih ingat dulu i pernah guna skirt paras lutut.Datuk i respon..kenapa skirt tu panjang sangat?kalau skirt pendek lagi cantik..  Dia maksudkan miniskirt,dan dia tak bergurau pun.Mungkin sebab dia tak nampak paha KFC i ni agaknya..   (T______T)  

Datuk i tak pernah lokek membelanja i,bagi i duit..dari i kecik sampai sekarang.I masih ingat lagi,masa i darjah 1,i dipilih jadi ketua kelas.I kena pakai tie tapi i tak tahu macam mana nak ikat tie tu.Datuk i yang tolong ikatkan.Then tiap-tiap hari seawal jam 6 pagi,dia akan hantar i pergi sekolah guna perahu.Dia akan tunggu kat pasar sampai i balik dari sekolah pukul 12 sebab rumah i kat kampung jauh dari pasar.Dia buat benda yang sama setiap hari,tak kira hujan atau panas.

Datuk i jenis yang sangat caring pasal i sampaikan dia jarang sangat benarkan i makan ikan sebab dulu i selalu tercekik tulang ikan.Even kalau masa makan,dia akan asingkan ikan dari tulang untuk i atau pilih bahagian ikan yang kurang tulang untuk i.Dia buat tu sampai sekarang even i dah kahwin.He's the only person who did that to me.

Kalau i mandi kat sungai,dia akan cakap..eh,tak payahla mandi kat sungai.mandi kat rumah jer..dan kalau i nak mandi kat sungai juga,dia mesti pesan..baik-baik mandi tu.jangan terjun sebarang.banyak kayu..

Kalau i luka..contohnya terjatuh masa jalan,sesat (oh,i memang ada penyakit selalu sesat dari kecik sampai sekarang) atau something like that,family i yang lain memang tak bagitau datuk i sebab dia akan marah semua orang pasal tak jaga i.

I pernah lemas masa i darjah 2,datuk i lah yang selamatkan i.I bukan hanya berhutang budi,malah i pun berhutang nyawa pada dia.

Sekarang,datuk i dah sakit.Dah tak kuat macam dulu.Dah duduk kat kerusi roda.Pendengaran dia pun dah terjejas.Tapi dia masih lelaki yang sama.Lelaki yang menyayangi i sejak 23 tahun i hidup.

Setiap kali i balik kampung,dan i terpaksa balik semula ke Semenanjung..dia mesti akan pesan,pandai-pandai bergaul dengan orang.baik-baik kerja..

Hari tu,masa i balik..dia cakap something yang buat i sedih sangat-sangat.
Simpan duit.Mana tahu nanti aku dah takde,sekurang-kurangnya kau ada simpanan untuk balik sini..

I doa sangat-sangat semoga datuk i dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.Dan hari ini,i sangat puas hati sebab i dapat buat something yang dapat menolong datuk i.Memang i takkan dapat balas semua jasa dia tapi asalkan i dapat buat sesuatu dengan ikhlas untuk orang yang selalu bersusah payah untuk i,i akan berpuas hati.

May God always bless u, Vincent Taring..