Tuesday, 11 October 2011

Love-Hate Relationship With Lotion

Hi kengkawan!

Ingat tak apa produk skincare pertama korang beli?Kalau i,produk pertama yang i beli ialah losyen sebab i memang dari kecik ada masalah dry skin.I start menyapu sendiri losyen di badan start i berumur 7 tahun.Masa orang lain tengah sibuk main lumpur,main kejar-kejar..i sibuk melumur tubuh i dengan losyen.  (n_n)  Meh i share jenis-jenis losyen yang i pernah pakai dan pengalaman i menggunakan losyen-losyen tu.Oh ya,kulit i jenis sangat kering dan sensitif.


Nivea Whitening Milk

Inilah losyen i yang pertama.I pakai sebab i tengok my mom pakai.Tekstur losyen ni agak cair.Dan semakin i meningkat remaja,i lebih suka losyen yang bertekstur pekat.Losyen ini tidak membantu i untuk memutihkan kulit.Dari segi kelembapan,memang kurang.Apa yang i suka pada losyen ini ialah losyen ini cepat menyerap,bau dia ok dan i paling suka warna losyen ni yang putih bersih.

Siapa yang mempengaruhi i untuk pakai losyen ini?
My mom.

Jatuh cinta tahap : 5/10 

 
Nivea Intensive Body Milk

I beli losyen ni sebab kat label dia tulis dry-very dry skin tapi sayangnya,kulit i ni perlukan losyen yang very dry-extra dry skin.Tapi i suka bau losyen ni.Sangat pleasant.Apapun,i masih pakai losyen ni as my hand lotion.Dan jugak sebagai losyen penenang bila i stress kat ofis.

Masa i pakai dulu,packaging dia camni.Sekarang dah tukar.

St Ives Collagen Elastin

This is one of the best lotion yang i pernah guna.I guna dalam dua tahun sebelum i tukar kepada losyen lain.Tekstur losyen ini sangat pekat,warna putih (tapi tak seputih Nivea) dan baunya wangi sangat.Betul-betul melembabkan kulit i sepanjang hari.Losyen biasa akan buat kulit i mengelupas selepas pemakaian 4-5 jam tapi losyen ni boleh bertahan selama 8 jam dan ke atas pada kulit i.

I stop pakai losyen ni sebab selalu sangat tiada stok.Dan sebab i boring asyik guna losyen yang sama.

Siapa yang suggest losyen ni?
My bestfriend.

Jatuh cinta tahap : 10/10 

 Ini meja ofis.

Personalised Body Lotion from Homemade by Zanox

One of my favourite lotion.I sangat suka losyen ni sebab memang whole day kulit i takde mengelupas bila pakai,pakai kat muka pun boleh,ingredient yang i decide sendiri dan sebab ada nama i.I love this.Cuma a bit pricey sikit la..Tapi instead of Rosken,losyen ni lagi murah dan berbaloi. 

Jatuh cinta tahap : 10/10


Johnson's Bedtime Lotion

Losyen ni wangi tapi kadar moisturizing dia adalah normal.Mungkin orang yang berkulit normal akan sukakan losyen ini.I pulak..biasa-biasa jer.Harga losyen ni pun affordable.I pakai losyen ni sebotol besar jer sebelum tukar kepada yang lain.

Siapa yang mempengaruhi i untuk pakai losyen ini?
Kawan sama ofis.

Jatuh cinta tahap : 5/10

Gambar kredit kepada miss cute-c

Johnson's Baby Softlotion 24 hour Moisture

This is the best lotion ever yang i pernah pakai.Sangat pekat,sangat wangi,sangat moisturizing.Kalau pakai,kulit memang rasa lembab all the time.Bau dia pun melekat jer.Memang best losyen ni.Tapi i tak tahu,siapa punya idea ntah untuk tukarkan losyen ni kepada new packaging.Dan tukar formula sekali.Johnson versi baru ni memang tak dapat melembabkan kulit i macam yang lama.Too bad.Bye Johnson.Harga dia pun sangat murah.How i miss this lotion...

Siapa yang mempengaruhi i untuk pakai losyen ini?
My mom.Mami i memang banyak mempengaruhi i bab-bab losyen sebab kulit dia cantik,lembut dan putih.Kulit i pulak kering jer memanjang. (n_n)

Jatuh cinta tahap : 10/10


Johnson's Baby Lotion
Masa baby,i memang pakai losyen ni.Bila dah besar,i pakai sekali jer.Losyen ni ok untuk normal skin tapi tak sesuai untuk i.I sayangkan losyen ni (bukan suka tau,sayang jer) sebab nenek i (sebelah daddy) memang pakai losyen ni sejak berzaman.Sampai sekarang,kulit dia masih lembut even umur dia dah 70++..

Jatuh cinta tahap : 7/10

Johnson's Baby Lotion Vitamin E

I beli sebab kandungan dia ada Vitamin E dan sebab i suka warna hijau kat botol tu.Tapi losyen ini bukan untuk my type of skin jugak.Too bad.

Jatuh cinta tahap : 6/10 


Johnson's Baby Milk Lotion

Losyen ni wangi sangat.Yang paling i suka,losyen ni dibuat dari susu.I love this lotion.Tapi disebabkan kekeringan melampau kulit i,losyen ni pun kurang sesuai untuk i.Oh,kalau i ada baby,i memang akan suggest baby i guna this lotion sebab i love it.

Jatuh cinta tahap : 9/10


Enchanteur Lotion

I tengok my mom pakai losyen ni so i pun sibuk nak pakai.Tapi losyen ni cuma mewangikan jer,takde pun melembabkan.I pakai losyen ni 4-5 kali jer,terus stop.Lagipun,i segan sangat kalau i pakai something..then orang tegur/fikir..eh,pakai brand X kan? (+_+)

Jatuh cinta tahap : 3/10 

Sebenarnya ada lagi losyen yang i dah try tapi yang ni antara losyen terbaik yang i ingat i pernah pakai.Tapi komen-komen i ni berdasarkan keadaan kulit i.Mungkin bagi orang lain berbeza kot.

Take care!