Monday, 3 October 2011

Kenapa Hospital Kerajaan Best?

Tadi i pegi appointment di klinik pakar kulit Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA).Bila seseorang tu perlu ada appointment,u all boleh agak betapa seriusnya sakit I tu kan?Ni kali kedua I pegi situ.Bila bercakap tentang hospital kerajaan,benda paling famous yang semua rakyat Malaysia fikirkan ialah..hospital government,confirm lambat..Haish!Apa pun,kat sini I nak bagitau kenapa I happy sangat dengan hospital government (HSA) ni..

Amaran : Entri ni sangat panjang,i buat as a reminder for myself sebab i pelupa.


Bayaran yang sangat-sangat-sangat murah.
Pesakit biasa kena bayar RM1 sahaja.Kalau government staff macam I pulak,free jer.Kan best tu?Cuba kalau kita pegi klinik biasa,ada ke doktor pakar nak serve kita dengan bayaran RM1?I pernah jumpa sorang specialist kulit kat Rejang Specialist (orang Sibu tahu tempat ni) ,dia just tengok I jer,tak sentuh apa pun..dia caj I RM100.Rasa geram sangat sebab I actually have to pay someone RM100 just to look at me.
Layanan yang kita dapat adalah percuma.
Orang selalu cakap nurse government ni kurang sopan tapi dari apa yang I lalui,jarang sangat ada nurse yang marah kita tak tentu pasal melainkan kat Sibu (ini disebabkan orang-orang di sana sangat malas nak complaint,so sebab tu diaorang ni naik lemak).Tapi kat hospital di Semenanjung (I pernah pegi kat Klang,Shah Alam,JB,Kemaman), so far semua ok.
Kenapa I cakap layanan diaorang percuma?Sebab there is no service charge.  :)
Masa menunggu kita adalah berbaloi.
I tadi pegi pukul 8 pagi even appointment I pukul 9 pagi.I selalu cuba untuk awal kalau pergi ke mana-mana for emergency reason (mana tahu kot-kot perut I sakit ke,I jatuh tengah jalan ke..at least I tak lambat).Dalam 10.30 pagi,semua dah siap.Kira sangat berbaloi untuk semua ubat dan perkhidmatan yang I dapat.
Orait, ini semua apa yang i dapat tadi..


Aqueous Cream 1 container besar (500g)
Vaseline - 12 Pek bulat kecik
Selfide Lotion - untuk mandi.i yakin benda ni confirm mahal.
Decozol Cream - 2 tiub
Ubat gatal - 60 biji
Hydrocort - 2 pek yang medium


Aquecous Cream

Besar gedabak ni.Actually doktor bagi 2 container tapi next month i kena ambil lagi.Kalau beli kat farmasi,harga cream ni RM15-RM20.Macam mana i tahu kewujudan cream ni?Naaa..inilah kebaikan i membelek setiap barang di kedai yang pergi.Cream ni ada dijual di Caring, Watsons/Guardian takde.

This is where i put them.

Memandangkan tadi mood i extra bagus,i pun adalah tanya sikit-sikit kat doktor tu. (Dr Nalini, Pegawai Perubatan U54 - Gred ni sangat tinggi ok.Kalau kat tempat i kerja,gred 54 dah boleh jadi hakim. Sebenarnya banyak yang i tanya sebab i fikir,bukan tiap ari i boleh jumpa pakar kulit..Now i wish i ada auntie yang jadi pakar kulit.  (n_n)

Dr : Okey, i bagi u parafin, u sapu kat tempat yang kering waktu malam.Parafin ni Vaselline sebenarnya.

I : Vaseline?Bagus ke Vaseline ni?Ini Vaseline yang jual kat pasar tu ke?

Dr : Yes,its very good.

I : Tapi i dengar Vaseline tak bagus.Dia contain mineral kan? (I memang sangat tak yakin dengan Vaseline)

Dr : Vaseline is good for your dry skin.It will lock the moisturizer.

Then..

Dr : I akan bagi u aqua cream.U boleh sapu kat whole body,muka pun boleh.

I : Aqua cream?Sure ke cream ni selamat? (I banyak cikadak kan?Sebenarnya i bukan sengaja nak menjengkelkan dia tapi sebagai pesakit,kita berhak untuk tahu apa ubat yang kita dapat)

Dr : Yes,aqua cream is water base.It didn't contain anything that will harm your skin.

I : So, that mean i boleh guna ini sebagai losyen?

Dr : Yes,its good.

Next..

I : Doc, sori ya saya tanya..Ada tak produk yang i perlu elakkan since kulit i macam ni?

Dr : No,u tak allergic to anything sebab kalau u alergik,dia akan effect 1 badan.Bukan certain part sahaja.

I : So how? Ada tak something yang i patut pakai?

Dr : Kalau u nak,u boleh pakai Dove Shower Cream.It will moisturize your skin.Ada sesetengah mandian that will dry your skin.Jangan guna sabun,guna shower cream.

(Ini kali kedua doktor bagitau i yang Dove ni bagus untuk kulit kering.Ini bermaksud,hujung bulan i pasti akan beli Dove.I tak berapa suka Dove sebab tak wangi.)

Ada beberapa soalan lagi i tanya tapi rasanya cukup dah kot entri ni..

Take care!