Saturday, 8 October 2011

Bila Sayang Sudah Hilang



Dulu...
Lelaki itu sering mengatakan  I Love You
Sering mengatakan I Miss You
Lelaki itu selalu mengatakan akan sentiasa sayang
Akan sentiasa menjaga selagi kedua-duanya setia
Janji itu masih tetap dia pegang..sampai sekarang..
Mereka boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual,bergurau senda dan menemani masing-masing
Mereka akan ber’sms’..paling kurang pun 500 sms sehari.kadang-kadang sampai 1000
Bila dia merajuk,lelaki itu akan sedaya upaya memujuk
Bila dia sakit,lelaki itu akan menghabiskan masa semalaman menjaga dia
Bila dia bosan,lelaki itu akan menemani dia shopping tanpa sebarang rungutan
Bila dia menangis,lelaki itu akan di sisi untuk menemani
Bila dia rindu,lelaki itu akan datang..
Walaupun penat,hujan,panas,tak cukup tidur..
Lelaki itu tak pernah meninggi suara
Lelaki itu pernah berjanji,tidak akan tidur selagi dia tidak tidur..dan akan sentiasa menemani
Lelaki itu pernah berkata..akan mempertahankan hubungan mereka sedaya upaya..



Kini..
Lelaki itu tidak pernah mengatakan sayang kecuali bila dia bertanya
Tidak pernah mengatakan rindu..bila dia tanya,dia dianggap bergurau..atau mengarut..
Tiada lagi panggilan sayang
Lelaki itu tidak betah untuk berdua-duaan
Lelaki itu takkan call..jarang sangat sms..
Paling-paling pun hanya menghantar 3-4 mesej melalui facebook
Bila dia merajuk,lelaki itu hanya membiarkan
Bila dia menangis,dia menangis keseorangan
Lelaki itu sudah pandai memarahi dia..sudah pandai buat muka..

Namun..
Dia percaya lelaki itu masih menjaganya selagi dia setia
Bila dia bosan,lelaki itu masih sanggup menemani dia shopping
Bila dia sakit,lelaki itu masih menjaga dia



Apakah sayang lelaki itu sudah berkurangan?
Apakah cinta lelaki itu sudah hilang?
Adakah kini mereka bersama atas dasar tanggungjawab?
Mungkinkah lelaki itu sudah tidak sayang?
Adakah kerana kini fizikal dia sudah berubah,maka lelaki itu tidak lagi sayang?

Dia..
Sangat takut untuk berubah
Sebab sangat takut bila dia berubah,semuanya akan berubah
Dia..
Berusaha keras untuk kelihatan seperti dulu
Agar lelaki itu tetap menyayangi dia seperti dulu
Dia..
Sedar dia banyak kekurangan
Sedar dia bukanlah wanita yang terbaik
Tetapi..
Dia telah berjanji untuk menyayangi lelaki itu
Lelaki itu sah milik dia
Maka..
Dia sedaya upaya menunaikan janjinya
Dia tak akan dan tak mungkin akan menyerahkan hak milik dia begitu sahaja
Kerana dia terlalu sayang..terlalu cinta..
Terlalu takut untuk kehilangan lelaki itu..

Cinta lelaki itu..
Amat sukar dimiliki
Walaupun dia telah menyerahkan segalanya
Walaupun tanpa lelaki itu,dia merasakan seperti hilang separuh nyawa
Tak bermakna lelaki itu akan menangisi andai dia hilang



Apapun..
Selagi nyawa dikandung badan
Dia akur..
Cinta itu bukan segalanya.
Selagi takdir menyatukan mereka..
Seiringin atau tidak..
Dia akan terus berjalan..
Dan dia sentiasa berdoa semoga cinta mereka akan kembali seperti dulu.
Amin.