Tuesday, 27 September 2011

Senarai Katakan 'Ya' dan 'Tidak'

Hai kengkawan..

I nak share a few do and don't dalam rutin seharian kita berdasarkan apa yang i sendiri telah lalui.Sebagai panduan kita bersama kiranya supaya kita semua cantik-cantik belaka.Tapi macam biasa,ini semua pengalaman i sendiri,i pun tak pasti sama ada akan berkesan untuk orang lain atau tidak.

- Jangan minum air yang berwarna, minum air putih sahaja.
Sebenarnya i pun ada jugak minum air yang berwarna ni (teh ais,teh o ais,pepsi..ok,tu jer air berwarna yang i biasa minum) tapi seboleh-bolehnya elakkan sebab i perasan bila i kurang minum air,bibir i jadi merekah.

Minum at least 1000ml sehari.


- Jangan suka menggaru badan.
I memang ada masalah gatal-gatal kulit badan (badan jer tau,bukan muka.so far,muka i elok lagi) sejak 2-3 tahun jadi i memang selalu tergaru-garu.Tapi bila benda tu dah berlarutan,jadi tabiat pulak.Akibatnya,badan i sangat banyak parut.Sangat banyak.  (n_n)    (Kalau ada yang ada produk atau tips nak hilangkan parut ni,please inform me..)


- Jangan asyik menyentuh muka.
Dulu i sangat menjaga tangan i dari menyentuh muka sebab i tahu, tangan ialah anggota badan yang paling banyak terdedah kepada kuman.Tapi sejak kebelakangan ini, i tengok cermin dan sentuh muka.Akibatnya,wajah  yang dahulunya licin,sekarang ada jerawat yang kecil-kecil.Nasiblah tak obvious sangat.

Tambahan pula i tak boleh guna hand sanitizer sebab benda tu biasanya anti bakteria.Semua produk yang anti bakteria akan menyebabkan kulit i gatal dan makin kerng.  (n_n)


- Jangan suka bertukar produk kecantikan.
Ini ialah larangan yang paling-paling penting untuk i sebab hobi baru i ialah membeli produk untuk cantikkan muka.Memang ada yang bagus,tapi ada jugak yang tak sesuai untuk i.Bila tak sesuai, kulit muka i jadi kusam dan yang paling penting,tak licin.

Cara i cuba mengatasi masalah ini ialah dengan membeli produk yang dahulunya sesuai pada kulit i (berlaku banyak pembaziran di situ) dan berhenti menggunakan produk-produk yang tak sesuai untuk i.Tapi seriously,it is so hard untuk i menghentikan hobi baru ni.

 
- Jangan beli produk sesuka hati.
I faham sesetengah orang cepat sangat tergoda untuk membeli produk-produk macam contact lense,beauty product (macam i ni),slimming product dan banyak lagi barang secara online atau bila ada offer.Kalau nak beli baju,perfume,kasut,buku..takpelah sebab paling teruk pun,akan kena tipu jer.Tapi produk untuk muka /badan/mata ni,side effect dia sangat teruk tau.Mungkin orang lain tak kisah kalau muka dia mengelupas atau berbintik-bintik tapi i sangat-sangat concern.So,please be careful.

Kalau rasa nak shopping jugak,boleh shopping kat sini sebab barang-barang dia natural so sekurang-kurangnya effect yang akan kita dapat (kalau ada.biasa i guna,takde apa side effect pun), takkan jadi sangat teruk.

Contact lense pulak, i tak faham macam mana orang boleh beli lenses kat pasar malam (contoh jer ni).Sila beli benda-benda camtu di kedai cermin mata yang bertauliah.

- Buat sedikit research dan baca label.
Bila nak beli apa-apa,sila google terlebih dahulu.Tengok review dari orang lain.Paling penting,baca label dahulu.Jangan tengok iklan dia best,packaging dia cantik,ada offer yang murah giler, kita beli jer produk tu.Bagi yang berkulit kering dan sensitif macam i,dalam apa i beli,i cuba elakkan salicylic acid,SLS,paraben dan alkohol.Tapi ada jugak produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut i beli.Elakkan..bukan tak boleh beli langsung.



- Jangan tidur dengan solekan di muka.
Unless kita ialah Marilyn Manson, sila buang semua solekan di muka sebelum tidur di waktu malam.Solekan ini termasuk maskara waterproof,bedak muka,BB Cream,krim kecantikan (bukan pelembab yer) dan macam-macam lagi benda yang kita tepek kat muka tu.Remove it properly,guna make up remover atau macam i,i guna olive oil.


Katakan lepas kita mandi malam, kita keluar jalan-jalan tapi kita sekadar pakai pelembab muka jer..bila kita balik,kita kena cuci muka jugak sebab kotoran-kotoran yang kita dapat masa kita jalan-jalan tu boleh menyebabkan jerawat.

Tapi jangan asyik cuci muka dengan pencuci muka tu berkali-kali.Dua kali sehari dah cukup.Kalau yang beragama Islam tu dan kena cuci muka 5 kali sehari, cuci pakai air jer pun dah okey.
 
 Marilyn Manson.Giler scary!

- Jangan suka gigit bibir atau basahkan bibir dengan saliva
Nanti bibir kita nampak buruk,kering dan merekah.Kalau kita terbuat jugak,cepat-cepat cuci dengan air.


- Berhati-hati dalam membeli deodorant.
Mungkin ada orang yang tak kisah pasal ni tapi nampak buruk sangat kalau ketiak hitam.Lagi-lagi kalau pakai singlet.Jadi,jangan suka nak bereksperimen dalam membeli deodorant sebab kalau ketiak dah hitam,susah nak putihkan.

Masa mandi,rajin-rajinlah menyental ketiak tu.


- Jangan suka menongkat siku atau melutut.
Ni sangat penting jugak.Ada sesetengah orang  (i pernah ada tabiat camni),suka sangat menongkat dagu sambil letak siku atas meja.Takpun pegang buku atau apa-apa jer sambil letak siku atas meja.Jangan buat camni.Nanti siku kita lebam/hitam.Dan i pun tak tahu macam mana nak hilangkan kalau ni jadi.Tak pernah dengar pun krim pemutih siku.So,kepada yang ada tabiat camtu,sila hentikan ya.Masa mandi,skrub bahagian siku jugak.


Selain tu,melutut.I faham ada sesetengah masa,kita perlu melutut.Dan i pun selalu melutut tapi i akan pastikan,setiap kali i melutut,lutut i ada alas.Janganlah melutut terus kat simen/lantai.Nanti lutut hitam.Buruk sangat kalau pakai seluar pendek/skirt.

- Elakkan berdiri terlalu lama.
Perasan tak ada sesetengah orang,kaki dia banyak urat yang timbul?Ini disebabkan dia berdiri terlalu lama di sesuatu tempat.Ada orang yang perlu bekerja sambil berdiri di sesuatu tempat yang lama jadi kesian sangat kat diaorang ni.Jadi kalau kita ada pilihan, cuba elakkan stand still lama sangat ok?

Baiklah,itu sahaja entri i kali ni.. (images credit to Google)

Stay beautiful everyone!