Thursday, 29 September 2011

Review Biore UV Aqua Rich Watery Jelly SPF30/PA+++ 90ml

Hai kengkawan!




Kali ini i nak tulis pasal Biore UV Aqua Rich Watery Jelly SPF30/PA+++  in 90ml.I akan buat review secara Q&A ya..Dan i rasa after this semua barang kecantikan yang i akan review,i akan review secara Q&A jugak..


Kenapa i tetiba nak beli sunblock ni?
Well, sebab utamanya ialah tentulah sebab i tergoda dengan review-review best yang blogger lain berikan pasal this product (i memang sangat cepat terpengaruh).Secondly sebab i ada beli moisturiser yang tiada SPF.Please take note tau, kita kena pakai sunblock bagi mengelakkan kulit kita gelap dan kusam.


Tambahan pulak, dia claim sebagai No.1 sunblock in Japan. (Asal produk No.1 kat Jepun je i beli.Strategi pemasaran yang berkesan.  (n_n) )




Sedikit info pasal produk ni..


Suitable for face and body application, Biore UV Aqua Rich Watery Jelly provides effective double protection with SPF30 to block harmful sun rays. It is enhanced with a unique Water-retaining System to lock in moisture while hydrating skin at the same time with its cool watery texture. The jelly is non-sticky and non-greasy while it spreads easily on skin, leaving it soft and light so skin feels refreshed and relaxed.


p/s : Memula ingatkan nak translate ke BM tapi risau nanti maksud i tak sampai pulak.Info ni tertulis di belakang produk.Harga asal ialah RM32.90 tapi I beli dengan harga RM31 sebab i ada membership Watson.


Apa yang i suka pasal produk ni?


Harganya sangat berbaloi-baloi.



Botolnya yang berwarna putih nampak clean sangat,saiz botol yang just nice dan bau yang tidak terlalu kuat.Produk ni memang cepat menyerap dan tak menyebabkan muka i berpeluh lepas guna.Guna sikit jer dah boleh cover muka i yang besar ni.


Produk ini mengandungi Grapefruit Citrus yang merupakan salah satu bahan untuk mencerahkan tetapi tidak akan menyebabkan photo-sensitivity (maksudnya kulit jadi sensitif terhadap cahaya matahari tau).Penerangan ini dibuat setelah i ingat photo sensitive ini ialah bila mata i jadi silau masa nak ambik gambar sebab ada flash.Lepas i fikir-fikir balik perkataan 'fotosintesis' ('foto' dalam perkataan fotosintesis tu bermaksud cahaya), baru i sedar maksud sebenar 'fotosensitif'.  I really think that i've misplace my brain.As always. (n_n)


Produk ni mengandungi Hyaluronic Acid yang sangat bagus untuk orang yang berkulit kering macam i.


Bila dah apply,muka rasa cam sejuk jer..cam ada mint pulak kat muka.


Apa yang i tak suka pasal produk ni?
Produk ini tidak waterproof so kalau nak pegi bersukan dengan produk ni,mungkin kurang sesuai.Tapi kalau yang duduk menghadap komputer je 24/7 dan yang jenis tak berpeluh macam i,sunblock ni consider ok.


Bila dah apply,muka nampak berminyak (since skin i jenis sangat kering,so i tiada masalah dengan produk-produk camni).Then after 5-10 minutes,barulah produk ni menyerap dan kulit i nampak biasa jer,tak oily atau kering.


I mengambil masa yang lama untuk bersiap bila pakai produk ni. (Sudahlah memang jenis lambat bersiap.Aiya!)


Produk ni ada alkohol.I pernah dengar alkohol akan menyebabkan jerawat tapi i tak pernah sangka alkohol akan menyebabkan i alergik jugak.Lepas 2-3 hari pakai,kat pipi i tetiba ada bintik-bintik merah macam ruam/jerawat.Bila i stop pakai,dalam sehari jer,bintik-bintik merah tu hilang. Adoi...sahlah i memang tak boleh pakai benda ada alkohol.Tapi,i akan keep on trying sebab i sangat yakin this is a good product.  (Sebenarnya tak boleh terima hakikat dah tersalah beli produk.)


Jatuh Cinta Tahap ?
3/5.I tak pasti sama ada akan beli lagi atau tidak.