Sunday, 18 September 2011

Resepi Umai Udang

Hai kengkawan! I nak share satu lagi resepi iaitu Umai Udang..this is one of my favourite dishes.Sebenarnya kebanyakan masakan yang masam dan tidak mengandungi sayur selalunya is my favourite.  (n_n)  I sangat menggemari udang sebab I tak boleh makan udang.Yelah,bukankah benda yang kita tak boleh lakukan ialah benda yang paling best untuk buat? Umai ni makanan tradisi kat Sarawak.My mum selalu buat tapi dia selalu guna ikan tenggiri.I pula tak kenal rupa ikan tenggiri tu dan malas nak tanya peniaga, so I guna udang..Dan ini adalah kali pertama I buat umai..
Oklah,ini resepi I berdasarkan apa yang I ada di peti ais.I memang tak guna cili besar atau bawang merah sebab I memang takde dan tak pernah beli pun.After all,bukankah menyediakan makanan ini sepatutnya menyenangkan kita dan bukannya menyusahkan?
Bahan-bahannya :
500 g udang (I guna udang besar yang berwarna kelabu)
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
15 biji limau kasturi (ambil perahannya sahaja)
Garam dan perasa (ni optional.i tak guna sebab MrHubs jaga pemakanan)
Cara-cara :
Mula-mula bersihkan udang sebersih-bersihnya.Buang kotoran yang kat atas badan udang,buang kulit udang,kepala udang..Pastu potong udang tu kecik-kecik.Kira bahagi seekor udang kepada 3 bahagian.
Nampak tak gunting tu?I potong udang guna gunting yer,bukan pisau sebab lagi senang.And be careful masa bersihkan udang sebab tajam.

Then tumbuk bawang putih dan cili.
Last sekali,masukkan udang,bawang putih dan cili yang ditumbuk dan air perahan limau nipis ke dalam mangkuk dan gaulkan.Kalau nak masukkan perasa dan garam,lagi sedap.
Simpan dalam peti ais untuk sekurang-kurangnya 2 jam.
Boleh makan!
Oh ya,MrHubs tak nak makan sebab udang tu belum dimasak katanya.Tapi the truth is,udang tu dah masak tau sebab ada air limau tadi.Tapi untuk memuaskan hati semua orang,I rebus udang tu terlebih dahulu.Selain guna udang,boleh jer guna ikan tenggiri (paling sedap!) atau obor-obor.
Baiklah,itu sahaja dari I untuk kali ni..Selamat mencuba!