Saturday, 10 September 2011

Our Day Out

Seperti biasa,entri ini akan meleret-leret sebab pagi ni,mood untuk menaip macam terlebih sikit.Oh,dan i akan bahasakan diri sebagai 'I' sebab bagi i,ianya kedengaran lebih manis..

Semalam i pegi keluar dengan hubby.Tujuan utama nak gi menonton Hantu Bonceng (filem ni kan ada sikit kontroversi,tu yang excited lebih nak tengok).Bila dah keluar tu,of course la benda pertama yang kami buat ialah MAKAN (kalau i keluar,wajib makan dulu sebab kenyang perut,senang hati).

Mulanya nak gi makan kat Restoran ZZ tapi lelaki kat situ cakap takde goreng-goreng.Yang ada cuma sup tulang,mee rebus dan yang sewaktu dengannya saja.

MrHubs : Camna?Nak tak? (time ni kami dah duduk pun)
I : Tak naklah.Nanti sayang gatal-gatal lagi makan benda camtu.Jom kita pegi tempat lain. (ini ialah alasan yang paling cantik bila i tak nak/tak setuju something)
MrHubs : Nak makan kat mana?
I : Kat Stulang lah.Tunggu sayang call Zura (officemate tersayang) tanya mana tempat sedap.

To make it short,kami pun pegi makan kat Restoran Sayam di Stulang.Makanannya sangat sedap,ni kedai makan Melayu yang paling sedap yang kami pernah pegi.Suka sangat!Untuk dua orang yang kuat makan,kami order Siakap Stim Limau (terbaik!!),Ayam Masam Manis (sedap sangat),Kangkung Goreng (tak boleh letak belacan sebab i takut gatal-gatal),nasi putih untuk 3 orang makan (kena order 3 sebab 1 untuk hubby,1 untuk i dan 1 lagi dibahagikan untuk perut comel kami) dan air suam.Semuanya berharga RM33.Kira okey dan berbaloi sangat.

I malas nak ambil gambar banyak sebab i tak sabar nak makan.Snap ni pun sebab MrHubs yang ingatkan.

Then gi Leisure Mall.I beli barang sikit di Watson sementara nak menunggu tayangan pukul 9.I shopping 30 minit jer,kira cam hari ini dalam sejarah sebab biasanya i akan spend lebih sejam.


Sorry for the super bad quality of photos.

I ingat nak belajar pakai liquid eyeliner (In2It menghasilkan eyeliner & two way cake yang sangat terbaik) so i pun belilah In2It Xtra Lasting Liquid Eyeliner with Shiny Finish ni.I ingatkan harganya 15.90 tapi bila dalam panggung dan i check resit,rupanya 24.50.Adoi..melayang duit!Ini sebabnya i benci kalau beli barang tergesa-gesa.Then cashier tu berjaya pujuk i untuk register Watson Member Card (kena caj 12.00 dan bila i request for free gift,dia bagi tote bag purple ni).As a member,i dapat Sunsilk Silky Smooth ni dengan harga 5.80 jer instead of harga asal dia 8.60.Maskara Maybelline ni pun i dapat 20.80 (harga asal 23.80).I berhabis 63.00 di Watson.Pembaziran.

Last sekali,baru la tengok Hantu Bonceng.MrHubs cakap cerita ni merapu,starting jer ok.I pun rasa cerita ni tak best.Nasib Zizan berlakon,kalau orang lain,mesti lagi tak best.Yang peliknya,ada perempuan kat panggung tu gelak cam tengok Maharaja Lawak la pulak.Apapun,Ahmad Idham,i would really appreciate if you give me back my 14.00.

Pasal kontroversi tu,maybe i ni over sensitive atau tak sporting tapi i rasa (ni my opinion jela) it is not good to make your own religion sebagai bahan jenaka tau.And i pun rasa cam sangat tak elok untuk i gelak-gelak pada amalan agama orang lain (i bukan muslim ya).

Jadi,tepuk dada,tanya selera ya..

Kesimpulannya,its a great day!