Thursday, 15 September 2011

Review Hada Labo SHA Moisturising Lotion

Kali ini I nak review pasal Hada Labo SHA Moisturising Lotion.I first dapat tau pasal brand ni hasil blogwalking jugak.Kat sini i nak cerita pasal apa effect moisturising lotion ni kat i.Sebelum tu,i nak inform kulit muka i punya condition.Kulit muka i jenis kering (even kalau i baru habis mandi,dalam 15 minit jer..kulit i dah start menggelupas kalau i tak pakai pelembab),then muka i takde jerawat (thanks kepada gens my parents)..Bintik putih & hitam?Confirmlah ada.I bukan amoi yang kulit lawa macam telur baru dikupas tu.

Kulit idaman

Bagi yang tak tahu,Hada Labo SHA Moisturising Lotion ini bukan losyen badan yer sebab dalam kamus kecantikan Jepun (produk ini berasal dari Jepun dan dikatakan Hada Labo SHAMoisturising Lotion ni sold 1 in every 4 seconds in Japan!!)  ,lotion ini bermaksud toner.So,i use this as a toner,produk kedua yang i gunakan selepas pencuci muka.


 
Kalau nak tahu,dari apa yang i baca,penggunaan toner ini sangat penting sebab ia akan memastikan moisturiser yang kita guna lebih effektif.Kira toner ini macam base kepada moisturiser so that the moisturiser berfungsi dengan lebih berkesan. (Fuh!Punyalah susah nak menjelaskan something).

Sebelum ini i dah guna 3 jenis toner iaitu Eskinol (mengandungi alkohol,i stop pakai lepas i tahu alkohol tak elok untuk kulit),toner Simple & Shurah (kedua-dua toner ni takde apa-apa effect pada kulit i).Bila bercakap pasal toner,i expect something yang akan menyegarkan kulit i saja,i tak expect pun lebih-lebih until i've found Hada Labo Sha Moisturising Lotion ni.


How do i use my Hada Labo SHA Moisturising Lotion?

Masa mula-mula pakai,i start with 2 drops,tapi selepas beberapa percubaan,i gunakan 10 drops for each use.10 drops is just perfect untuk muka dan leher i.Then,i tekapkan lotion tu ke muka.Kena tekap-tekap sampai lotion tu meresap ke dalam kulit.Then,bila dah selesai,kita akan rasa bouncy feeling on our skin..

Tekstur dia agak licin..See,colourless kan?

Oh ya,bila kita pat lotion tu pada muka,janganlah kasar sangat macam nak menampar diri sendiri sebab tak elok untuk kapilari darah kita.Rasanya kita tak nak muka kita nampak line-line kapilari kan?Just pat it slowly guna tapak tangan,there's no need to rush. Haba dari tapak tangan kita akan mempercepatkan lotion ini meresap.

I love..

It contains Super Hyaluronic Acid (SHA),which twice the moisture retention capacity of Hyaluronic Acid.Kalau nak tahu,Hyaluronic Acid ni sangat-sangat baik untuk orang yang berkulit kering macam i sebab ianya memberi kelembapan kepada kulit.

Skin pH balanced,free of mineral oil,alcohol,colorant and fragrances.Bila dia cakap free of fragrances,selalunya produk yang i guna,mesti akan ada sedikit bau tapi yang bagus pasal Hada Labo SHA Lotion ni odourless,memang betul-betul tiada sebarang bau atau warna.Macam air mineral jer..

Even ni cuma toner jer,tapi lepas pakai tu,i betul-betul rasa muka i sangat moist.Bukan saja moist,tapi siap ada 'toing-toing' effect.Ni first time i rasa muka i camtu.

Botol Hada Labo ini sangatlah friendly user sebab bila kita nak tuang lotion tu,kita just titiskan dan lotion tu akan keluar setitis demi setitis.So,macam i..i kira jer titisan tu sampai 10,then siap!

Since i pakai moisturising lotion ni,muka i dah tak menggelupas. 

And yes, i've found my best toner!
I hate..

Harganya yang sangatlah mahal untuk poket i yang tak berapa nak tebal ni.  (n_n)  Hada Labo SHA Moisturising Lotion ini berharga RM40.90 (this is my most expensive skin care product ever tapi bila tengok hasilnya,i tak menyesal menghabiskan duit i.alah membeli,menang memakai kan?)

Mungkin sesetengah orang tak suka the fact yang kita kena ambil masa yang sedikit lama (dalam 2-3 minit) untuk lotion ni betul-betul meresap but i tak kisah langsung.After all,itu muka kita..Bukan muka orang lain.

Jatuh Cinta Tahap : 5/5 (i akan continue guna this lotion) 

Gambar-gambar kredit kepada Google..I tak dibayar sesen pun untuk review ini,i saja jer nak share dengan kengkawan.Dan apa yang i reviewkan adalah hasil kepada kulit i sendiri,untuk kulit orang lain,i tak tahu..

Setakat ini sahaja review i untuk kali ini.Take care!