Monday, 12 September 2011

I'm Having A Bad Day

Sila bayangkan situasi ini.Korang balik kerja,badan penat sebab seharian korang busy sangat..then bila sampai depan rumah,korang tengok benda kesayangan korang dirosakkan?Apakah perasaan korang?
Benda ni la jadi kat aku petang tadi.Baru jer minggu lepas aku bersusah-payah menanam aloe vera aku,petang ni aku balik tengok aloe vera aku banyak yang dah patah,ada yang sampai tenggelam dalam tanah,ada yang tercabut akar dan yang paling aku rasa macam speechless sangat,siap ada najis kucing dalam tu.Pastu,selipar dan kasut semua bersepah-sepah.
Ikut rasa hati,nak jer aku ketuk rumah jiran aku yang bela kucing 3 ekor tapi tak reti nak jaga tu,pastu marah-marah dia.Aku bukan nak emo tak tentu pasal tapi kucing dia dah merosakkan tanaman pertama yang aku tanam,membuang depan rumah aku dah berkali-kali (kali ni dalam pasu aku pulak,kucing tu ingat pasu tu toilet bowl agaknya)
Tapi untuk sesiapa yang kenal aku..pasti akan tahu yang aku takkan sampai ati nak buat camtu.Sebab tu aku selalu kena buli,selalu jadi mangsa..
Tak apalah,mungkin apa yang terjadi tu sebagai balasan atas banyak dosa yang aku dah lakukan.
Setiap kali benda yang buruk terjadi pada kita,sentiasalah beringat akan betapa banyaknya kesalahan yang kita dah lakukan.Kalau Tuhan nak ambik sikit nikmat yang dia berikan,terimalah dengan hati yang terbuka.Jangan persoalkan,jangan pertikaikan.
Bila kita dah dewasa ni,parents kita mungkin jauh atau mungkin tak ada untuk mengajar kita,jadi sama-samalah kita berusaha untuk mendidik diri sendiri agar kita tak dikatakan kurang ajar.
Dalam semua nasihat yang aku terima,satu jer yang aku sedaya upaya pegang dari kecil sampai sekarang..Nasihat ni aku dapat dari sendiri setelah aku melihat banyak benda yang berlaku di depan aku.
Pada setiap tutur kata..berusahalah untuk berkata yang baik-baik sahaja supaya aku tidak dikata kurang ajar.Dan jangan sekali-kali memanggil orang lain sebagai ‘kurang ajar’ walau apa pun kesalahannya sebab itu satu penghinaan untuk ibu bapa orang.
Di setiap langkah..berhati-hatilah agar tidak tersilap kerana sekali aku melangkah,aku tidak boleh berpatah balik lagi.Kalau boleh,lakukan perkara sebaik mungkin agar tidak mengecewakan orang lain.
Dalam setiap tindakan,sentiasalah beringat yang aku seorang perempuan,anak sulung,cucu sulung dan kakak yang sulung..Maruah keluarga terletak di tangan aku.Dan aku perlu menjadi contoh yang baik untuk adik-adikku.Apa yang paling penting,aku berusaha seboleh-bolehnya untuk menjaga maruah diri kerana aku tidak mahu keluarga aku mendapat malu.
Perkara yang aku akan ingat sampai bila-bila?
Masa aku darjah 6,ada cikgu English aku (Teacher Benjamin) sangat berharap aku akan dapat 5A,atau sekurang-kurangnya dapat A dalam subjek English.Aku jadi murid kesayangan dia untuk sepanjang tahun.Dan bila result UPSR keluar,aku hanya dapat 2A3B,dapat B jer untuk English.Masa tu aku tak tau yang Teacher ni berharap aku dapat A sampailah Guru Kelas kami waktu tu bagitau aku..’’Kenapalah kau dapat 2A je?Semua cikgu kecewa.Lagi-lagi Cikgu Benjamin.” Aku ingat perkara itu sampai saat ini.Dan aku masih rasa bersalah sampai saat ini sebab mengecewakan orang yang mengharapkan aku.

Ok,sekarang aku sedih.Till next time!