Monday, 5 September 2011

Review Homemade By Zanox’s Products

Aku first time baca about Homemade by Zanox ni (alamak panjangnya nak taip.pasni aku tulis HBZ je) masa aku tengah menggoogle cari pasal homemade product.Lepas tu aku terus jadi blog stalker.And the good news is aku dapat beberapa produk dari Cik Zanox ni as a giveaway present.

Sabun Aloe Loofah,Sabun Honey & Oatmeal,Cold Cream,Lip Balm Darling Mint dan Pink Clay Mask

Sebelum ini,aku memang dah try Cold Cream HBZ sebab aku beli sample tapi aku tak tahu pulak bekas Cold Cream ni tersangatlah comel.


Cream HBZ ni remove my make up and dirt kat my face di samping melembabkan kulit.Waterproof eyeliner dan maskara aku senang je tanggal guna cream ni.Cara aku pakai,balik keja..basahkan muka.Then apply this cream all over face dan lepas tu,wipe ajer guna kapas.Bila dah siap,tak perlu pun cuci muka sebab muka dah bersih.Yang bestnya,sesetengah make up remover,kalau terkena mata,mesti ada rasa pedih tapi HBZ ni tak pedihkan mata. (sila sebut macam iklan shampoo tu yer).Aku pernah apply this cream as night cream,bila bangun pagi..kulit lembab jer.

Cik Zanox sediakan benda untuk ambik cream ni instead of we use our bare fingers.Hygiene purpose,which is really good.Sudu ini sangat cute ok,rasa macam cedok aiskrim.

Inilah rupa cold cream HBZ.Tekstur krim ini agak pekat,which i love!

Selain dari as makeup remover,cold cream HBZ ini boleh diguna sebagai night cream,untuk tumit kaki yang merekah dan sebagai pelembab badan.

Yang aku dapat ni unscented version.Kalau nak yang scented version,boleh ajer minta Cik Zanox buatkan tapi kena caj lebih sikitlah.Paling special,kepada yang ada very oily skin,korang boleh request Cik Zanox buatkan cream yang lebih light.Cold cream pekat camni,memang perfect untuk kulit kering macam aku.My question is,mana korang nak dapat krim yang custom made especially for your skin's need selain dari kat HBZ ni?

Jatuh Cinta Tahap : 5/5


Lip Balm HBZ in Darling Mint

Aku suka sangat colour ni.Not too dark and not too light.Just nice.Bau lip balm ni sebijik macam chewing gum.Buka jer penutup dia,dah semerbak bau chewing gum.


Bila aku apply lip balm ini,warnanya memang cantik tapi bila aku apply kat bibir aku,warnanya jadi sama dengan warna bibir aku pulak.(Mungkin warna bibir aku yang asli ni memang cantik kot.Huhu.Sungguh perasan!).Lepas apply tu,aku tayang kat Mr Hubs,dia cakap.." Cantik,nampak neutral.Tak pucat dan tak melampau".

Aku guna lip balm HBZ ini untuk waktu malam untuk melembabkan bibir sebab ini satu-satunya lip balm yang Mr Hubs doesn't mind to taste (n_n).

Jatuh Cinta Tahap : 3/5


Sabun Honey & Oatmeal HBZ

Aku suka bau sabun HBZ sampai tahap nak makan!Bau biskut oat.Aku guna sabun ni untuk muka dan badan.Sabun HBZ ini tidak mengeluarkan bubble-bubble yang banyak tapi sabun ni memang sangat mild,lembut sangat pada kulit.Cam sapu losyen jer masa bersabun tu sampai rasa nak gosok lama-lama kat kulit.Lepas mandi,kulit aku tak rasa kering atau mengelupas.Yang aku rasa boleh improve kat sabun HBZ ini ialah saiznya.Aku lebih suka kalau saiznya lebih besar.Aku dah guna tiap-tiap hari untuk 2 minggu (aku mandi setiap pagi dan malam ya),and to my surprise..sabun ni belum habis pun.Ingatkan saiz kecik,cepat abis.Rasanya boleh guna 1 bar untuk sebulan.

Apa yang aku kurang gemar?Hmm..aku lebih suka pakai shower gel sebab aku ni pemalas yang amat nak pakai sabun.

p/s : Kan bagus kalau ada shower gel honey dan oatmeal ni..Mesti best!

Jatuh Cinta Tahap : 4/5 

Gambar kredit to Homemade By Zanox

Eye Gel HBZ

Ni produk yang aku beli sendiri yer.Bukan dapat free.Eye gel ini kadang-kadang aku guna untuk seluruh wajah sebagai krim malas (guna bila malas nak sapu krim muka + mata).Apa yang aku suka sangat kat krim ni ialah ia cepat jer meresap kat muka jadi aku tak rasa oily atau muka berpeluh-peluh.Sebab kekadang ada sesetengah krim bila kita pakai kulit muka jadi berpeluh-peluh pulak.Tapi walaupun tak buat muka oily,krim mata HBZ ni pun tak buat kulit muka aku kering atau menggelupas (kulit aku kering tahap aku kena pegi jumpa pakar kulit jadi sila maklum.)

Sebagai eye gel (dari tadi cerita pasal krim mata tenyeh kat muka,nampak sangat buruk perangai),aku suka krim mata HBZ ni sebab ianya tak memedihkan mata.Yela,kekadang masa sapu eye cream tu,selalu sangat aku tersapu kat bijik mata sebab salu rushing tapi tak sakit pun.Eye cream aku yang lagi satu,kalau terkena mata jer,rasa sakit sampai terkelip-kelip mata aku menahan pedih.

Yang aku kurang suka pasal eye gel ni ialah eye gel ini ialah soothing eye gel.So kalau yang mata penat asyik mengadap pc tu,memang sesuai la eye gel ni.Kalau yang nak hilangkan dark circle,hilangkan wrinkle (ehem..aku memang perasan tua),eye gel ini bukanlah solution.

Jatuh Cinta Tahap : 3/5



Pink clay mask ini sesuai untuk kulit kering.Masa nak apply tu,aku cuak jugak..takut salah sapu ke apa.Tapi rupanya senang jer.Aku guna nisbah 1:1.1 sudu air dicampur bersama 1 sudu mask.Bila dah sapu di seluruh muka kecuali mata,i leave it for 30 minutes sambil berbaring (masa pakai mask tu asyik tengok jam jer sebab cik zanox cakaptak boleh exceed 30 minit).Dah selesai,aku mandi jer.Then sapu toner dan pelembab macam biasa.Pastu,have a goodnight sleep.Bila bangun pagi,kulit rasa moist dan bersih sangat.Dan effect ni bertahan untuk lebih kurang 3 hari untuk aku.Rasa nak pakai selalu tapi clay mask ini cuma boleh dipakai seminggu sekali sahaja,or else skin kita akan rosak.

Aku dah guna 4-5 jenis mask so far dan ini adalah antara Top 2 favorite mask aku.Yang aku tak suka ialah the fact yang aku kena sapu benda ni kat muka.Almaklumlah,aku ni kan seorang wanita malas bekerjaya.

Jatuh Cinta Tahap : 5/5 (i would like to repurchase this!sangat-sangat best ok?)

Ada satu lagi free give aku dapat iaitu Sabun Aloe Loofah tapi tak sempat nak guna lagi so next time la review.. 

Apapun,kesimpulannya barang-barang HBZ ni beyond my expectation sebab biasanya kalau barang-barang homemade ni,memang aku tak caya sangat..Semoga lepas ni HBZ akan keluarkan produk-produk lain yang best macam tissue mask(OMG!Aku confirm beli kalau ada.Lagi-lagi kalau aloe+mint tissue mask).

Love your skin girls!