Friday, 16 September 2011

DIY Tabung Syiling Comel

Hai!Hari ni I nak cerita sikit apa projek I bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia ni.Rasanya banyak yang suka simpan duit syiling kan?I pun suka dan sebab utama I simpan syiling ialah I sangat excited masa I tukar syiling tu.Rasa macam dapat hadiah..So untuk meningkatkan semangat I bagi menyimpan lebih banyak syiling,I pun terfikir nak buat my own piggy bank.Sebelum ini I simpan syiling dalam gelas yang I beli kat Mc’D jer..   (n_n)
Dan cam biasa,I memang suka buat entri yang meleret-leret..
Meh tengok bahan-bahan yang I perlukan..
Bekas potato chip Pringles – cuci bersih dulu tau.nanti bukan syiling jer ada dalam ni,semut pun tumpang sekali..

Gambar-gambar dari majalah favourite I – I gunting gambar ni dari CLEO.
Gam,gunting,pisau dan permanent marker warna hitam


Sticker – yang ni optional tau..

Cara-cara I buat piggy bank i :
Mula-mula I tebuk lubang kat penutup Pringles ni.I ukur guna duit 50 sen sebab duit 50 sen yang paling besar.Then untuk bagi illusion konon I tebuk macam lurus dan sekata (walhal I tebuk lubang senget menget due to tangan I ni suka shaking),I gariskan dengan marker di sekeliling garisan lubang syiling tadi.
Kemudian,I gunting gambar-gambar yang I suka dari majalah CLEO.
Bila dah puas hati,I tampal jer gambar tu kat bekas Pringles.Masa nak tampal gambar ni,kena guna kekreatifan sikit.Pastikan gambar ni menutup badan bekas Pringles tu.
Bila dah selesai, I perasan ada beberapa bahagian kat bekas ni masih kelihatan so I pun tampal sticker.Sticker ni selain untuk menutup ketidaksempurnaan hasil tangan I,ianya jugak dapat melekatkan gambar-gambar tu dengan lebih bagus. Yela,mesti ada bahagian gambar tu yang tak digam dengan sempurna kan?
Comel tak sticker I?I memang suka PowerPuff Girl sebab diaorang comel!I dah lama beli sticker ni tapi tak tau nak lekat kat mana sebab I ada sedikit kerisauan digelar terlebih childish.  (n_n)

Then lastly,to make this piggy bank completely mine,I letaklah sticker nama I dan MrHubs kat sini.I dah buat sticker ni for almost 3 years tapi I tak pernah guna jugak sebab it looks silly.Dan I pun tak nak orang cakap..”eee..macamlah dia sorang ada laki kat dunia ni..” Please don’t hurt my feeling by saying that.. (n_n)
Siap! Piggy bank ni hanya ambik masa I dalam sejam lebih jer dan yang paling penting,it makes me happy..

Sekarang,syiling i dah boleh pindah rumah..


Till next time!!