Wednesday, 21 September 2011

Cantikkah kita?

I miss being told i am pretty..

Sound sangat terdesak?Sebenarnya i baru dapat sms dari bestfriend i tentang ayat tersebut sebab i tak terfikir pun.Tapi,bila i fikir balik, yes..i miss being told i am pretty.Orang yang paling dekat dengan i mengatakan bila lelaki memuji seorang perempuan,niat dia tak ikhlas.Pendapat i pulak,tak kisahlah orang tu ikhlas ke tidak tapi apa yang penting, bila seorang perempuan itu dipuji cantik, it will make her day.I tak tahu pula apa lelaki rasa bila dipuji sebab i bukan lelaki.

Bila kita (lelaki) ada pasangan (perempuan) ,dan kita keluar dengan pasangan kita tu, kita boleh nampak yang pasangan kita bersolek,pakai baju cantik-cantik (kadang-kadang sampai sanggup iron baju),pakai perfume,pakai heels..tak terfikirkah wahai lelaki untuk mengucapkan terima kasih sebab bersusah payah untuk kelihatan cantik?Dan susah ke nak cakap..Sayang,awak nampak cantik hari ini..atau Sayang,thanks ya.Susah-susah u cantik-cantik untuk i.. It means a lot kalau diucap. A LOT. So,kalau nak puji,jangan simpan dalam hati.Luahkan.Tak pernah i dengar memuji itu satu kesalahan. (Tapi jangan pulak engkau cakap..hey girl,nice boobs la..Itu memang confirm lah salah)

I bukan nak mengutuk sesiapa,bukan nak menyindir sesiapa tetapi i cuma terfikir, how hard it is to show that we appreciate orang yang kita sayang?

Her looks mungkin tidak cantik di mata sesetengah orang sebab definisi cantik setiap orang tu berbeza tapi kita semua cantik in our own way kan?



Blogger yang sangat cantik.Definisi cantik bagi i.Credit gambar pada blog Si Cantik ini..


Tetapi, bila tiada sesiapa lagi mengatakan kita cantik wahai my girlfriends..atau mungkin ada yang tak pernah dipuji cantik..senang saja. Macam i,i cakap jer diri i cantik. Yelah,nak tunggu orang puji macam susah jer jadi lebih baik kita perasan cantik.Pedulilah apa orang nak cakap, janji kita happy.Lagipun kita semua memang cantik sebab kita ni ciptaan Tuhan.Mesti Dia cipta makhluk-Nya cantik-cantik belaka kan?Tapi jangan terlebih perasan pulak.. (n_n)

 Ada orang pernah cakap,muka i ada iras dia ni..perasan sekejap.  (n_n)


And yes, we beautiful no matter what others say..Take care!