Saturday, 20 August 2011

Simkad Hilang??

Pernah tak korang kehilangan handphone?Semalam masa aku dan suami makan di Restoran ZZ,masa nak balik tu,hp suami tertinggal di atas kerusi.Then semasa nak ambik gambar time berkaraoke (semalam kami spend 3 jam untuk menyumbangkan suara sampai tonsil kat tekak rasa nak terkeluar),barulah dia perasan hp tu takde.
Handphone hilang tu aku tak kisah sangat sebab dah 6 tahun pakai.Penat aku paksa dia tukar pun tak nak jugak.Tapi aku sayang sangat simkad tu.Sebab kami beli couple simcard. Ehemm..i know its sound sungguh meloyakan tapi kami antara pasangan yang menggunakan nombor telefon yang seakan sama sejak dua tahun lepas.
Aku dah rasa down sangat sebab terpaksa tukar nombor baru.Yela,takkan lepas ni nombor kami berbeza?Sampai kat rumah jer,cepat-cepat aku call Celcom Helpline (1111- then tekan 0),untuk tanya boleh tak simkad tu dibuat semula menggunakan nombor yang sama?The answer is yes!
Apa yang patut dilakukan bila simkad anda rosak/hilang/korang gaduh dengan couple korang dan dia patahkan simkad kepada 6 bahagian/simkad kena block sebab korang tekan PUK number dan asyik salah je dan macam-macam lagilah yang memerlukan korang dapat simcard replacement?
Jawapannya ialah sila pergi ke mana-mana Celcom Centre yang terdekat.Bila dah sampai kat situ,korang press jer kat skrin nombor yang disediakan (kalau tak tahu,u always can ask sebab ada staff yang sangat friendly berdiri di tepi monitor ini) dan lepas nombor korang appear,silalah ke kaunter.Nanti staff di kaunter akan isi borang,korang perlu bagi ic dan tandatangan borang tu sahaja.Sekejap jer,korang akan dapat simkad baru dengan nombor yang sama.
Servis ini adalah percuma bagi pelanggan yang telah menggunakan Celcom untuk setahun dan ke atas.If less than that,cuma perlu bayar RM5 jer.Murahkan?
Ok,aku sediakan soal jawab yang mungkin terlintas di benak sesiapa yang sudi baca :
Celcom Centre?Apa tu?Sama ke dengan kedai yang jual topup yang ada banner celcom tu?
Celcom Centre ni ialah pusat servis bagi Celcom dan bukannya tele-centre yang banyak jual topup tu.
Kat mana Celcom Centre ni?
Ya,tak banyak yang tahu tempat ni kat mana sebab biasanya kita memang tak pegi situ.Kalau nak tahu tempat ni kat mana di area korang,you can always check it on internet.Kat website Celcom,memang ada disediakan alamat-alamat branch Celcom Centre di seluruh Malaysia.Siap dengan peta lagi.
Kan lagi senang beli simkad baru?
Yes,mungkin lagi senang tapi bagi sesetengah orang,nombor ini ada sentimental value so we need to use the same number kan?Lagipun senang orang lain nak contact korang.Aku sungguh tak suka orang yang suka tukar-tukar nombor hp (yes mummy.anda yang saya maksudkan) lebih-lebih lagi kalau tu orang yang aku selalu contact sebab nanti aku kena register dia untuk 15pax aku dan akibatnya kredit aku kena deduct RM1.Aiyak!
Kalau guna Digi atau Maxis,ada ke camni?
Im not sure tapi rasanya mesti ada jugak..
Kalau hilang,kena bawa police report ke?
Well,dulu ya.Kalau simkad hilang,kena bawa police report.Sekarang aku tak pasti sebab masa pegi situ,aku bagi alasan simkad patah.Just in case kan?Takkan aku nak pegi nyusahkan polis pulak kan?White lies is ok asalkan tak menyusahkan sesiapa.

Camna kalau simkad tu register atas nama orang lain?
Yang ni confirmlah tak boleh.Lagipun kenapalah korang register simkad pakai nama orang lain?Bukankah itu menyalahi undang-undang?Kalau boleh guna camni,senanglah nanti.Sesiapa jer boleh duplicate korang punya number and use it untuk tujuan yang tak baik.Kan?Lagipun kalau register pakai nama sendiri,nanti masa birthday,boleh dapat 7 hari free sms dan call,hah..boleh bergayut 24/7!
Whatever it is,suami dah dapat guna nombor simkad yang lama,nombor kami masih couple dan rasanya kami takkan makan kat Restoran ZZ untuk jangka masa yang terdekat ni..
Ok,setakat ini sahaja pesanan khidmat masyarakat aku untuk kali ini.Thanks!