Sunday, 14 August 2011

Resepi Udang Goreng Oat

Hari ini aku masak Udang Goreng Oat untuk lunch.Sebenarnya ini kali pertama aku masak benda ni.Resultnya,sangatlah memuaskan hati.Heee..biasanya kalau aku buat benda tu sekali,selalu gagal tapi kali ni berjaya pulak.Meh aku nak share resepi sebagai ingatan untuk diri dan kalau ada yang sudi cuba,boleh jugak..

Inilah hasil air tangan aku..

Bahan-bahannya ialah 10 ekor udang yang gemok-gemok,2 sudu makan tepung gandum,4 sudu makan oat,sebiji telur ayam,sedikit lada sulah,sedikit lada hitam,garam,perasa dan minyak untuk menggoreng.
Mula-mula buangkan kulit udang.Aku buang dari bawah kepala sampai ke ekor jer sebab aku suka makan kepala udang (aku suka makan otak udang tapi so far masih bijak lagi (n_n) ).Masa buang kulit tu,lakukan dengan berhati-hati ye sebab kita nak ekor dia yang bercabang dua tu tanggal dengan cantik.Letakkan udang ke dalam mangkuk A.
Lepas tu,campurkan tepung gandum,sedikit lada sulah,sedikit lada hitam,garam dan perasa ke dalam mangkuk B.Kacau biar sebati.Letakkan oat ke dalam sebuah mangkuk C.
Sekarang ada tiga mangkuk kan?A berisi udang,B berisi tepung dan C berisi oat.
Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk A dan gaul-gaulkan dengan udang.
Setelah itu,ambil udang bersalut telur tadi dan salutkan ke dalam oat dan salutkan lagi ke dalam tepung dan lastly,masuk lagi dalam oat. Errr..ok tak penjelasan ini?
Aku terangkan dengan lebih jelas ya..Udang dari mangkuk A,masuk ke mangkuk C,masuk ke mangkuk B dan kembali ke mangkuk C.
Last sekali,goreng hingga keemasan.
Snap gambar cepat-cepat sebab tak sabar nak makan.

Hidang dan makan!