Wednesday, 17 August 2011

Sehari dalam Hidup

Dear diary,

Malam tadi aku pegi ke KSL (a shopping mall kat JB) dengan suami.Sebab utamanya ialah untuk mencari Deep Pore Cleansing Cosway.Tapi,me being me..bila aku dah target nak beli something tu,memang confirm aku tak beli on first visit.Mungkin aku memerlukan 3-4 kali kunjungan ke Cosway kot.Whatever it is,saja nak tunjuk apa aku beli semalam bagi mengingatkan kepada diri sendiri betapa aku suka membazir.  (n_n)

Yellow bird!!!!



Ini hadiah untuk kereta kesayangan suami yang aku calarkan minggu lepas.Sebenarnya aku nak beli Egg Bird tapi tak jadi disebabkan perbualan alih bahasa di bawah :

Wife : Ma nak beli yang putih.Cute!!
Hubby : Eee..buruklah putih tu.
Wife : No..cute..like this.. (sambil buat muka ala-ala egg bird)
Hubby : Buruklah!
Wife :  Hah,betullah tu.macam muka papa!Hahaha..
Hubby : @!?!!@

 Egg bird yang sangat kiut!
Bekas sabun

 



Ini adalah tempat untuk sabun yang aku bakal dapat dari Cik Zanox.RM4.99 jer aku beli.Perbualan untuk pembelian benda ni :

Wife : Nak beli tempat letak sabun!
Hubby : Awak bukan pakai sabun pun.
Wife : Kan syg menang contest.Dapat sabunlah.Esok dia hantar.
Hubby : Nanti tak sampai baru tahu.
Wife : Dapatlah.Eee..dengki!

Jejari pink

 See,dahlah semua tulisan Jepun.

Just to show betapa besar benda ni.


Kisah jejari pink ini membawa kepada perbualan alih bahasa seperti berikut :

Wife : Syg,cuba teka benda ni untuk apa?
Hubby : Mana syg tahu.
Wife : Ala,tekalah. (sambil bagi pek tu kat dia)
Hubby : Tak tahu. (muka malas-annoying-boring-penat sebab dah berada dekat 2 jam di kedai yg sama)
Wife : Cuba tengok kat pek belakang tu.Untuk korek hidunglah.Nonsense la Japanese ni.Hahaha.
Hubby : Camna nak korek?Besar benda ni. (si suami adalah seorang yang agak susah untuk dibodohkan dan sangat berbeza dengan si isteri,harap maklum)
Wife : Errr.. (baru nak bagi jawapan mengarut.. mungkin lubang hidung orang jepun besar kot..)
Hubby : Ni untuk buang bintik hitam la.Tengok gambar ni dia gosok kat hidung.
Wife : Wahhh!!Nak beli!!

Baiklah,itu saja sesi diari hari ini.Sekian,terima kasih.