Wednesday, 10 August 2011

Homemade Skrub Muka dan Badan

Hari ini aku makeover blog ni. Reason dia ialah sebab aku takde keja. Rakan seunit aku cuti so sumber inspirasi takde,jadi aku malas nak kerja. Kalau bos tanya,aku jawab..sumber inspirasi saya takde,puan..
Aku nak share something yang aku dah cuba last weekend.Homemade scrub ni sangat bagus tau sebab betul-betul melembabkan dan menghaluskan kulit.Harganya pun murah dan senang sangat nak buat.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah dua sudu makan GULA HALUS (GRANULATE SUGAR) dan sesudu makan MINYAK ZAITUN (EXTRA VIRGIN OLIVE OIL).Alatan yang diperlukan ialah mangkuk kecil dan sudu makan.

Kalau tak tahu gula halus camna rupanya,sila rujuk kat pek gula yang dijual tu ok?


Aku guna Colavita ni sebab botol dia cantik.
 
Cara-caranya sangat senang..Just mix Gula dengan Minyak Zaitun di dalam mangkuk kecil menggunakan sudu makan. 

SIAP!

Camna nak guna?

Untuk badan,semasa mandi,lepas badan kita basah,just rub the scrub to your body sampai gula tu melt.Best tau..rub..rub..rub..sampai gula tu cair. Masa ni kita tak perasan lagi kulit kita super duper smooth sebab skrub ni akan menghasilkan tindak balas yang best hanya selepas dibilas dengan air.Bila dah puas hati,bilaslah badan kita.Kalau nak wangi,mandilah dengan shower gel selepas proses tersebut.Hasilnya..tiada lagi kulit mati..dan kulit pun lembut jer..

Untuk muka,bersihkan muka dengan pencuci muka.Then kalau rajin..ambil towel yang telah direndam ke dalam air suam dan lapkan kat muka.Haba towel tu boleh membuka pori-pori kat muka kita so senanglah nak keluarkan kotoran cam blackhead ke,white head ke,sel kulit mati ke..Lepas tu,rubkan skrub tu ke muka sampai gula tu cair.Gosokkan dengan lembut tau.Dan elakkan bahagian mata sebab bahagian ni sensitif.Gosok di tempat-tempat yang bermasalah cam T-Zone.Bila dah siap,bersihkan muka dengan towel tadi.

Muka kita sekarang akan rasa halus dan licin ye.Lepas skrub,sila guna toner untuk muka bagi menutup pori-pori yang terbuka tadi. Then gunalah pelembab cam biasa..

Skrub ni adalah cara yang paling murah dan senang untuk cantik.Aku baru try sekali jer pun.Weekend ni nak try lagi.Apa pun,aku tak cakap this is the best scrub ever.Yang aku pasti,skrub ni does its job well iaitu untuk exfoliate our dead skin dan menghaluskan serta melembabkan kulit.Selamat mencuba!