Friday, 12 August 2011

Best tak kerja kat Malaysia?

‘Best tak kerja kat Malaysia?’
Masa seseorang tanya soalan tu kat aku tadi,aku pandang dia straight to the eyes sambil tanya pada diri sendiri,aku pernah keja kat luar negara ke?Dan kalau pernah pun,bila masa pulak aku bagitau minah ni?
 Maka aku pun jawab dengan seadanya,
‘Saya memang tak pernah keja kat tempat lain.’
Then dia senyum dan tanya lagi..
‘Sarawak dengan Malaysia,mana satu lagi best?Teringin nak pergi Sarawak.Suami u orang Malaysia ke,orang Sarawak macam u?’
Dia tak tahu Sarawak terletak di Malaysia.Dia bukanlah sedang practice untuk join next Raja Lawak.Dan kami berdua sama-sama rakyat Malaysia.Bukan aku tanya dia Guatemala,tak pun Lesotho ke,Estonia ke..terletak di mana.
Malaysia ni dah merdeka 54 tahun tapi masih ada jugak manusia dalam negara ini yang tak tahu Sarawak dan Sabah tu dalam Malaysia.

Cam sia-sia jer usaha TAR memerdekakan Malaysia

Aku boleh accept kalau sorang jer camni tapi aku dah jumpa 8-9 orang yang tanya soalan yang lebih kurang sama dan aku percaya,mesti ramai lagi golongan yang tak belajar Geografi dan Sejarah ni.
Tahu tak kami juga ada kad pengenalan yang exactly sama macam orang yang kat Semenanjung?Tahu tak kami pun ada hak mengundi? Hei,tak tengok tv ke?Tak perasan ke tiapkali merdeka,mesti ada orang memakai pakaian tradisional dari Sabah dan Sarawak membuat persembahan?Takde orang dari Scotland, Indonesia,Thailand..takde pun orang ni datang buat persembahan masa merdeka,kan?Ini menunjukkan hanya rakyat Malaysia jer ada buat persembahan,and this is included Sarawakian and Sabahan.
Gambar Hiasan


Nampak kan orang pakai pakaian tradisional Sabah & Sarawak tu?

Aku bukanlah bangga giler jadi rakyat Malaysia but hakikat yang aku seorang rakyat Malaysia is a fact.So,aku sangat sakit hati bila ada orang cakap aku bukan Malaysian.Aku tak kisah kalau orang cakap aku orang Melayu sebab aku sangat maklum dengan mentaliti 8/10 orang rakyat Malaysia bahawa kat Malaysia ni ada 3 kaum jer iaitu Melayu,Cina dan India.Dan aku pun tak kisah kalau orang cakap aku Cina walaupun mata aku tak sepet,but its okey.So far aku tak pernah jumpa orang cakap aku orang India.

Nampak tak Burung Kenyalang (lambang negeri Sarawak) dan Gunung Kinabalu (lambang negeri Sabah) pada jata negara Malaysia?

Sekali lagi aku nak revise apa yang aku belajar di Tingkatan 5 mengenai pembentukan Malaysia.Ingat kan, British tak benarkan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebab British nak sekurang-kurangnya ada 1/3 kaum lain (its something like that,correct me if im wrong)..then baru British setuju melepaskan Tanah Melayu,seterusnya mengizinkan sebuah negara dibentuk.Selepas itu,barulah Tun Abdul Rahman discuss dengan pemimpin dari Singapura,Sabah,Sarawak,Brunei dan Indonesia ketika itu untuk membentuk sebuah negara.Kesimpulan dari perbincangan itu, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bergabung,maka terbentuklah Malaysia.See..Malaysia hanya boleh dibentuk dengan adanya Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.Dulu aku ingat semua orang tahu hakikat ini tapi sadly,hampir kesemua orang yang aku jumpa tak tahu atau menidakkan kenyataan ini.


Aku kecewa. Sangat kecewa. Bila pada hakikatnya aku tinggal di rumah sendiri,tapi dianggap seperti orang luar.
Malaysia is not belong to me
Malaysia is not belong to u
But Malaysia is belong to us.