Tuesday, 2 August 2011

Cara Aku Merawat Ekzema

Aku memang ada masalah kulit sejak kecil lagi.Tapi tidaklah begitu serius sehinggalah hujung tahun 2009,kulit aku jadi teruk yang amat sangat. Menggelupas,gatal yang amat sangat,bersopak-sopak,pedih..nak bayangkan pun ngeri.Aku pun tak tahu apa puncanya sampai masa tu aku kurang makan sebab rasa cam aku ni alergik pada semua benda.Ayam,seafood,daging..pendek kata sayur jer ok.

Masa tulah aku dapat macam-macam petua..ni antara petua yang aku dapat :

-Pakai tepung jagung (cornstarch).Mandi guna air bancuhan tepung jagung ni dan lepas mandi,sapukan tepung jagung pada badan macam losyen.
Petua ni mak aku bagi sebab dia cakap kalau baby ruam,pakai tepung jagung dah ok. Dia lupa kot anak dara dia ni bukan baby. (n_n)  Apa pun,petua ni langsung tak berkesan untuk aku walaupun aku dah guna 2 kg tepung jagung


Pakai bedak Agnesia. Bedak untuk gatal-gatal.
Ni lagi teruk.Makin sakit kulit aku


Pakai baby oil.
Rasanya kalau kulit aku pandai bercakap,mesti dia akan cakap..heppp..ngko ingat ngko tu baby.ada hati nak pakai barang baby.Sedih..amat sedih..


Mandi 7 jenis bunga.
Nenek aku dengan confidentnya cakap,aku ni mesti ada terkena sampuk ke,buatan orang ke..sebab aku tinggal kat tempat orang.Walaupun aku sikit pun tak caya,aku layankan jugaklah kehendak nenek tersayang.Yela,penat-penat dia panggilkan orang untuk mandikan cucu dia.Resultnya,ceh..membazir air jer!


Ini pek lama

Pakai losyen St Ives collagen
Aku memang guna losyen ni sejak 2007 tapi masa aku kegatalan ni,losyen ni langsung tak membantu walaupun aku suka sangat losyen ni.Wangi dan pekat.

Badan aku berbelang-belang cam orang jatuh dalam tepung bila pakai losyen ni
Jumpa doktor berkali-kali.
Doktor kerajaan tu bagi aku cream (krim Steroid),calamine lotion (aku ada 2 botol besar lotion yang aku langsung tak tahu apa faedahnya ni).Result, takde apa pun.

Masa tu memang rasa malang sangat. Last sekali, bila aku balik Sarawak untuk bertunang, kawan my mom suggest untuk pegi kat sebuah klinik ni. Dia cakap bagus. Dan kebetulan,housemate aku pun cakap klinik tu bagus.

Klinik Dr Law, Sarikei
Doktor ni suntik aku  (dan macam biasa,aku pitam)..bagi ubat..akhirnya aku sembuh.Kulit pun licin jer.Dalam hati lega yang teramat..

Kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari.Sakit kulit aku dating balik hujung Mei lepas.Kali ni,aku pegi klinik Dr Law tu lagi tapi malangnya,walaupun dia dah suntik,kulit aku tetap tak sembuh..


My hero of the day!!

Blackmores Evening Primerose Oil
Kali ni officemate aku yang suggest sebab dia pun gatal-gatal dan doktor dia suruh guna EPO ni. Resultnya bagus sangat. Dah dua minggu aku pakai,kulit aku dah improve dah.Nak kata licin giler tu belum lagilah tapi something yang aku notice ialah kulit aku yang bersisik cam ular ni dah ok,kulit dah tak kering,even aku kadang-kadang tidur tak pakai losyen,bila aku bangun pagi..kulit tak mengelupas cam biasa..

So kepada sesiapa yang ada masalah kulit atau dalam bahasa sainsnya,eczema..cubalah gunakan Evening Primerose Oil.Rasanya entri lain aku akan cakap lebih lagi pasal EPO ni..