Monday, 25 July 2011

Tips Berjimat

Ehem..aku berkahwin pada usia 22 tahun.Cam muda giler dah kawin.Dan sebagai seorang isteri,confirmlah kena jadi financial adviser tak bertauliah kepada rumahtangga sendiri kan?Untuk aku sendiri,agak susah jugak sebenarnya sebab yelah..takde orang yang mendidik kita menguruskan rumah tangga ni.My mom is not a kind of mother yang akan ajar anaknya bab-bab gini sebab dia punya style is..you have to go through the obstacles itself and try to solve it by yourself.Cam kejam jer tapi bagus jugak sebab ini mematangkan aku.Betul jugak kan?Pandai kawin,pandai-pandai engkaulah jaga rumah tangga tu.
Dan perkara yang paling susah nak diuruskan bila dah kahwin ialah DUIT.Aku pun masih belajar sebenarnya.Tapi tak salahkan share something yang aku amalkan untuk kebaikan bersama.Lagipun bila aku google,cam takder je tips berjimat dalam rumahtangga ni.Oh ya,rasanya cara aku ni sesuai untuk kehidupan dua orang jer kot.Kalau plus sorang baby,rasanya pun ok.


Aku listkan cara aku ya..Semoga boleh menjadi panduan kita bersama.

1. Ambil sedikit masa dan listkan barang yang nak dibeli
Ehem..aku biasanya akan ambil masa dalam sejam untuk listkan semua barang yang aku nak beli.Ini sangat penting bagi mengelakkan kita membeli barang yang tidak perlu.Tips penting,katakanlah masa tengah shopping,tetiba ada nampak barang yang takde dalam list dan hati yang tamak haloba ini pun mula berkata..oh,I really need this but it is not in my list..Hah,bila ini terjadi,JANGAN BELI BARANG TU sebab nanti confirm nyesal.
2. Kena bijak
Untuk ini,cara aku ialah beli jer barang yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.Lagipun,kenapa kita nak bayar lebih untuk benda yang sama?
Contohlah..sos cili Maggi selalunya lebih mahal sedikit dari sos cili Life so kenapa nak beli Maggi kan? Just because Maggie ni famous tak semestinya lebih bagus kan?
Lagi satu, Downy. Memanglah Downy ni wangi dan tahan lama, tapi Daia pun wangi kan?Downy tu 1 liter dah RM10,Daia 1 liter baru RM5.Kalau semata-mata nak wangi,baik pakai minyak wangi..Betul tak?
Then,tisu. Sesungguhnya tisu jenama Tesco sama jer cam tisu jenama Premier cuma tisu Tesco lebih murah (unless ada sale.sebagai perunding kewangan,mesti alert dengan sale).Aku ada kenal sorang kakak,untuk tisu kat ofis (tiap perempuan biasanya akan ada sekotak tisu dalam drawer),dia pakai tisu tandas jer.Jimat pun jimat.
Cukuplah contoh di atas kan.Tapi jangan sebab nak berjimat,beli pulak benda yang langsung takde kualiti.Nanti merugikan diri sendiri pulak.
3. Barang saiz besar dan barang jualan murah
Aku selalu terkena jugak part ni.Tapi I’ve learn that kebanyakan barang-barang tu,tak perlu pun nak beli kotak besar,saiz yang paling besar,yang buy 2 free 1..walaupun kita fikir,beli yang saiz besar bagus,nanti tak perlulah nak beli lagi.Lagipun cam lagi berbaloi.Hah,menurut pengalaman aku,memang silap tau cara pemikiran camni.
Contohnya shampoo.Seperti yang semua orang sedia maklum,orang perempuan ni cepat jemu dengan sesuatu barang (in my case,shampoo).Jadi,bila aku dah beli shampoo yang botol besar tu,belum guna separuh pun aku dah rasa cam shampoo lain lagi bagus dan nak beli shampoo lain.Habis,takkan shampoo lama tu nak dibiarkan gitu ajer?See,membazir kan? (Ini punca kenapa ada beberapa benda di bilik mandi kami ada 2 jenis) Next time,beli jer benda yang kita rasa kita nak tukar in small size.Tak rugi sebab nanti kalau boring (in my case),boleh beli lagi.
Lagi satu,kalau barang tu langsung tak pernah dicuba sebelum ini,memang silaplah kalau nak beli banyak-banyak.Dan bila orang cakap bagus,tak semestinya bagus. You have to try it yourself.Aku selalu sangat terkena ni.
Tapi,ada sesetengah benda tu memang tak rugi pun kalau beli banyak.Contohnya macam aku,aku rasa cuma shower gel Shokubutsu Green Tea jer best dan sesuai untuk aku, so kalau beli sekotak pun takpe sebab aku confirm pakai tanpa rasa jemu.
4. Jangan tertipu dengan hadiah percuma
Aku suka hadiah.Rasanya semua orang suka hadiah lagi-lagi free gift.Contohnya,semalam masa aku dan suami pegi Giant,kami nampak..kalau beli Colgate 2 pek besar,boleh dapat cawan Spongebob yang sangat cute.Alahai…Cawan itu sangat adorable dan seperti memanggil-manggil..belilah saya!!!!Tapi nasib baik aku tak tergoda.After all,aku mana guna ubat gigi Colgate ni.Moral of the story,jangan mudah tertarik pada free gift lebih-lebih lagi kalau benda tu memang tak diguna.Lagipun,bukannya rumah korang takde gelas/pinggan/anak patung.Kan?
5. Kurangkan/jangan beli/makan makanan yang tak berkhasiat langsung.
Dulu kami cukup suka beli biskut-biskut yang beraneka jenis,mee segera,jajan,jagung dalam tin (use to be my favourite),hotdog,nugget,ayam goreng Ayamas..benda-benda camtulah.Masa kecil,my mom memang langsung tak bagi aku makan benda-benda camni.Aku dari kecik sampai umur 18..boleh kira berapa kali jer makan keropok,mee segera,gula-gula,air sirap bermacam warna.Even Alyaa pun tak pandai nak makan keropok.Tapi keropok Mister Potato dia makan sebab mahal (adikku ini ikut perangai sapa ntah.  (n_n)  ).Selain daripada kita berbakti kepada badan diri sendiri kerana mengurangkan lemak-lemak,kita juga berbakti kepada poket kita.Yang lebih penting,bila ada kids nanti,aku memang tak nak my kids makan benda tak elok ni.Very unhealthy tau.Kita kena jadi good parents dan nak jadi parents yang baik,kena belajar dari mula.
Masa makan di luar,seboleh-bolehnya minumlah air suam.Kalau tak boleh,minumlah air yang colour dia sejenis jer cam limau ais,horlick ais,jus buah (ini minuman yang saya suka order..Janganlah order minuman contoh cam sirap bandung soda (aiyooo..),three layer tea ke,..Bukan saja tak sihat tapi mahal ni tau.
6. Tips makan makanan segera
Masa makan di MCD,tak payah nak order yang saiz besar walaupun cashier tu confirm cakap..tak nak set besar ke kak?tambah RM1 jer..heloo,RM1 tu pun duit tau.Kenapa kena order medium set?Kami suami isteri biasa order 2 set so ada 2 kentang medium (which is more than enough for two person),2 burger/ayam dan 2 minuman medium.Kalau rasa nak tambah air,boleh ajer..Free refill lagi.Boleh jimat RM2. 
Sebaik-baiknya,tak payahla kerap sangat makan kat luar.Membazir.
7. Duit syiling
Tiap ari,kita mesti dapat duit syiling kan?Memandangkan aku jenis yang liat nak menyimpan duit,aku ambil jer semua duit syiling yang ada dalam wallet setiap hari dan simpan dalam gelas.Dengan cara ini,at least aku dapat simpan duit sikit.