Sunday, 24 July 2011

Restoran ZZ Sup Tulang, JB

Restoran ni adalah favourite place aku dan suami. Selalu sangat pegi sini sampai orang kat kedai pun dah kenal (segan aku.nampak sangat pemalas nak masak..ehemm..)
Rasanya orang yang tinggal kat JB confirm tahu tempat ni.Tempat ni famous dengan sup tulangnya sampai artis pun banyak datang sini tau.Tadi pun aku lunch kat situ jumpa FBI (Faisal Ismail,HotFM tu.nak ambik gambar,segan pulak sebab langsung tak mekap,pakai serabai jer..muka pun pucat..   (n_n) )
Oklah,kali ni nak share makanan sedap yang selalu kami order.Gambar ni diambil untuk dua kali sesi makan..sekali tu semasa kami berdua..sekali lagi semasa mak mertua aku datang JB last week.

Tomyam daging.Harga RM5.
Sedap,pedas dan paling aku suka,masam.Ini favourite my sayang.

Nasi goreng kampung.Harga RM3.50.
Ini makanan wajib yang hubby confirm order tiapkali makan sini.Sangat SEDAP dan pedas.
Kalau nak order,pastikan sorang jer order sebab biasanya kalau banyak orang kat meja korang yang order nasi goreng ni,dia jadi tak sedap pulak.Maybe sebab dia masak banyak sekaligus kot.Ini versi nasi goreng kampung yang sedap.

Ini makanan untuk kami berdua.Nasi goreng kampung,cendawan goreng dan kangkung goreng belacan.Sos cicah dia sedap sangat.Ini pulak versi nasi goreng kampung kurang sedap sebab dua orang order.

Tomyam daging,sup tulang dan mee rebus tulang & daging.
Sup tulang dan mee rebus ni harga dalam RM8.Aku tak berapa suka sup tulang coz oily tapi MIL cakap sedap.Mee rebus dia memang sedap.Must try.


Itu tangan MIL merasa mee rebus aku yang sedap.


Cendawan goreng.Harga RM5.Kurang sedap tapi not too bad.

Otak-otak ayam.Satu 50 sen.Ini first time kami makan otak-otak ayam.3 kali lebih sedap dari otak-otak biasa.This is yummy!!!

Tadi masa lunch,kami having this..nasi ayam penyet.Harga RM8.Ayam dia banyak tapi tak sedap pun.Nyesal order.

Apa pun memang tak rugi makan kat sini sebab kebanyakan makanan dia sedap dan sangat berpatutan..  :))