Sunday, 3 July 2011

Resepi TomYam Daging

Sebenarnya,masakan tomyam ni ada beberapa jenis.Ada yang letak pes,ada yang pakai kiub ajer,ada yang tak pakai perencah..pendek kata macam-macamlah. Semua tu ikut selera dan mood masing-masing.
Aku bukanlah orang yang hebat giler masak tapi rasanya bolehlah.Takdela beza sangat dengan yang kat kedai..Lagipun kalau kita masak dengan ikhlas,hasil air tangan kita mesti akan sedap..Suami pun tak komplen apa-apa.

Resepinya..
Bahan-bahan
Daging (300 g)
Limau kasturi (sebiji-perahkan airnya)
Asam keping (2 keping)
Serai (2 batang)
Daun limau purut (4 helai)
*Bawang besar (sebiji)
*Tomato masak (3 biji)
*Cili padi (4-5 biji)
*Lengkuas (2 hiris)
*Bawang putih (3 ulas)
Brokoli
Garam,gula dan perasa

1.    Mula-mula hiris daging nipis-nipis dan rebuskan daging itu.Selepas rebusan mendidih,kita akan perasan ada buih-buih putih berkumpul kat bahagian atas air rebusan daging tu.Buangkan buih-buih tu sebab tu adalah lemak tau.Bila air rebusan dah jernih,biarkan daging tu duduk diam-diam dalam periuk ye..

2.    Kemudian,tumbuk/blend bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur.

3.    Selepas itu,tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sampai baunya wangi.Tak perlu guna minyak banyak sangat ya.

4.    Bila tumisan kita dah wangi,masukkan daging bersama air rebusan daging tadi.

5.    Kemudian,masukkan serai,asam keping dan daun limau purut. Serai tu,bila dah dibersihkan,ketuk dengan lesung dulu supaya baunya lebih obvious.

6.    Tunggu sampai mendidih,masukkan pula brokoli.

7.    Setelah itu,masukkan pula garam,perasa dan sikit gula..semua ni sukatannya secukup rasa.

8.    Bila semua dah ok,tutupkan api.Selepas api tutup,baru kita masukkan air limau kasturi tadi.Kenapa kita masukkan last sekali? Ini supaya rasa masam limau tu lebih terasa. Aku sukakan tom yam yang masam.

SIAP!

Nota kaki : Kepada sesiapa yang tak tau lengkuas tu macam mana rupanya..Sila jangan terfikir,eh..ada ke orang tak tau lengkuas tu camna?Akulah orang itu..  n_n   Yela,lengkuas tu bukan bawang putih yang aku memang pakai masak hari-hari. Tips aku,pegi kat kedai yang ada jual benda cam halia,limau..cakap jer kat mak cik tu..

"Kak,saya nak lengkuas.."

Nanti dia tunjukla..Senangkan?

Selamat mencuba.