Sunday, 10 July 2011

Resepi Jemput-Jemput Ala Mummy

Sejak semalam,aku terasa nak sangat makan jemput-jemput atau dalam bahasa kat rumah aku,cucur badak.Mummy suka sangat buat cucur badak nie sebab anak-anaknya pun suka makan..dalam seminggu mungkin 4-5 kali breakfast cucur badak.Sebelum ni dah dua kali percubaan aku buat cucur badak tapi hasilnya kurang memuaskan. n_n
Mummy pulak kalau aku tanya macam mana nak buat cucur,jawapan dia standard jer.. Ko campur je tepung,telur ngan air.Jadilah. n_n   Aku terfikir jugak,kan bagus mummy ada blog.Tak payah aku susah payah nak tanya.Dan aku terfikir benda paling penting,macam manalah kalau bakal anak aku nanti pun macam aku yang tak berapa nak terer part masak,pastu masa teringin nak minta resepi,aku pulak dah takde..Yelah,hidup mati di tangan Tuhan kan?Sedih pulak hati ni….. 
Oklah,aku nak share resepi yang sangat simple,senang dan sedap..

Jemput-Jemput Ala Mummy
Bahan-bahan
Secawan tepung gandum
Telur ayam sebiji
Sedikit garam
Air suam secawan (sila guna cawan untuk tepung tadi.nisbah 1:1)
Udang kering/isi ayam kfc yang dicarik-carik/ikan bilis/bawang besar (ni nak guna apa pun boleh.ikut citarasa masing-masing)
Cara-cara
1.Tuangkan secawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2.Masukkan pulak secawan air suam.Kena guna air suam supaya jejemput ni lembut.
3.Pecahkan sebiji telur.Masukkan garam secukup rasa.
4.Gaul hingga sebati.
5.Masukkan bahan yang nak dicampur dalam jejemput itu.Aku guna udang kering.
6.Biarkan tepung itu berehat sebentar.Kalau nak letak bancuhan ni dalam peti ais pun ok.
7.Panaskan minyak di dalam kuali.Setelah minyak panas,ambil sesudu minyak dan masukkan ke dalam bancuhan tepung supaya jejemput tu rangup.
8.Goreng.Dah siap,boleh hidangkan.
9.Sedap dimakan dengan sos.Mummy aku suka campurkan  sos cili,kicap,bawang putih,cili padi dan gula untuk buat sos cicah.Nyum..nyum!