Saturday, 23 July 2011

Resepi Air Soya

Masa kecik,aku memang benci nak minum air soya ni sebab dia cam ada berbau sikit kan?Bila dah masuk Form 2-3 camtu,bila dah ada kesedaran tentang kecantikan (n_n) ,hari-hari aku minum soya bean.
Almaklumlah,kepercayaan mengarut aku ialah semua benda yang putih ni bagus untuk memutihkan kulit. (n_n)
My youngest sis paling suka minum air soya ni tapi dia tak panggil ni air soya,dia panggil ni air peanut sebab brand ni ada gambar cam peanut.Heee..so cute.

Nampak kan soya bean bulat tu.Dia cuma minum brand ini sahaja.Kalau bagi yang brand lain,dia akan say 'No'.Takpun,nanges. Ratu air mata sungguh adikku ini. Ikut perangai sapa ntah.  (n_n)

Hari tu aku buat air soya sendiri.Walaupun prosesnya agak leceh tapi puas hati sebab kita tahu tahap kebersihannya.Dan yang bestnya,bila aku minum air soya Yeo’s (air soya Yeo’s dan Delite adalah yang paling sedap) kat kedai,aku dapat rasa..lagi sedap soya bean aku (ini aku rasalah.orang rasa aku tak tau pulak) .Lagi pekat..
Blur gambar ni tapi this is my no 1 favourite.

Ni 2nd favourite.

Seperti my sis yang agak fussy,aku juga cuma minum dua brand ini saja.Kalau brand lain, aku kureng. (n_n)
Ini resepinya.
 Bahan-bahannya :
Kacang soya – Aku beli 2 peket jer (sepeket RM2.00)
Ini kacang soya namanya.Kalau ada yang tak tau rupa soya bean tu,you are not alone ok. (n_n) Tips paling mudah,tanya jer tauke kedai tu.Dia confirm tahu.

Daun Pandan – Aku guna dalam 5 helai
Gula
Cara-cara menyediakan :
Mula-mula rendamkan kacang soya selama 6 jam. Nanti kulit dia akan tertanggal,cam kulit kacang kuda rebus.Lagi lama lagi bagus.Tapi jangan rendam berhari-hari pulak unless korang nak buat pekasam kacang soya.
Kemudian,blend saja.Nisbah kacang soya dengan air ialah 2:1.Dua cawan kacang soya perlu dicampur dengan secawan air.
Bila dah habis blend,sila tapis menggunakan penapis kain.Penapis kain ini yang jenis tauke cina kat kedai kopi selalu guna untuk tapis kopi tu.Kalau takde penapis kain,boleh jer guna apa-apa kain yang bersih..Tapis untuk 3 kali untuk pastikan takde hampas kacang soya tu tertinggal.Dalam proses ni,pastikan tangan tu betul-betul bersih.
Setelah siap,panaskan air soya tadi bersama daun pandan.Kemudian,masukkan gula secukup rasa.Untuk 1.5 liter,aku guna dua sudu besar gula.Sentiasa kacau semasa di dalam periuk supaya tidak mendidih.Bila air soya tu dah berasap-asap,means dah panas la tu.
 Kalau ada buih-buih gini,sila buang buih tu dulu yer.First time buat,camnilah hasilnya.

Tunggu sehingga sejuk,masukkan dalam bekas air dan simpan dalam peti sejuk.
SIAP!

Sejak aku baca artikel yang mengatakan air soya ni tak bagus,aku kurangkan meminum air soya (minum dalam 3-4 bulan sekali jer).Bukanlah aku percaya bulat-bulat pada artikel ni tapi lebih baik mencegah daripada mengubati kan?
Keburukan air soya
Dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita.

Soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman.

Tapi,setiap apa yang buruk tu mesti ada baiknya jugak..Ini pulak kebaikan air soya.
Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya,2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur dan mempunyai kadar lemak yang rendah.

Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi
kulit.

Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
So,tepuk dada..tanya selera.