Monday, 4 July 2011

Nasi Goreng Seafood Stulang Laut

Baru-baru ini aku ada terbaca dalam beberapa blog tentang nasi goreng seafood di Stulang Laut nie.Tadi masa kat ofis,aku tetiba macam teringin sangat nak pegi merasa nasi goreng ni.Kawan ofis cakap,makanan kat sini boleh tahan..So,balik kerja jer,aku dah pujuk encik husband untuk dinner kat situ.
Kedai ini terletak di belakang Zorro Café,kat sebelah kondominium di Jalan Stulang Laut 1.Kemungkinan sesiapa yang nak pergi untuk sesat adalah zero.Yela,kalau ratu sesat macam aku pun senang-senang jer boleh jumpa kedai ni,orang lain confirm jumpa punya.
Kedai ini tiada nama sebab tauke dia kedekut nak buat papan tanda.Tak pernah jumpa kedai cina takde papan tanda camni.Hish!
Masa aku dan suami sampai,meja kosong tinggal sikit jer. Konsep kat sini kita order air kat para pekerja kat situ,pastu makanan pulak kita kena order sendiri,pegi kat tempat dia masak nasi goreng tu.Ada sorang perempuan indon akan amik order kita.
Aku order nasi goreng seafood dua dan kerang sambal.
Selepas 10 minit menunggu,air sampai.

Teh o ais dan limau ais
Then kami pun borak-borak.
5 minit berlalu.
Akhirnya,kerang sambal sampai.

Maaflah kualiti hp murah jer..

10 minit kemudian,barulah nasi goreng sampai. n_n  Suami dah cakap dah,ni confirm sedap sebab lama sangat..  


Komen aku pasal nasi goreng seafood dia.
-      Udang dia memang besar.Ada dua ekor.

Cute jer udang dia

-      Nasi goreng dia ada kicap.Aku memang ada masalah penakut sikit nak makan kicap sebab aku takut nanti aku gelap.  n_n  Aku memang superstitious.

-      Tawar.Mungkin garam dia habis atau mungkin sebab aku suka benda masin sikit.Tapi memang tawar tau.Aku nampak dia just letak kicap pekat ngan kicap cair jer.Mana cukup tu?

-      Takdelah banyak sangat.Tak boleh share untuk dua orang macam kat blog lain cakap sebab food portion dia cam cukup untuk sorang jer..

Kerang sambal


-      Tak sedap.Berminyak.Masalah terbesar kerang ni ialah tawar.Kalau ada garam,sedaplah kot.

Limau ais

-      Pahit sebab dia blend limau sebijik siap dengan kulit sekali.

Masa nak bayar tu,isteri tauke tu macam along minta hutang.Takut aku.Aku elok jer ucap terima kasih kat dia,dia tak say Thank You atau sama-sama pun.Sedih I.Bad service.   n_n
Semuanya kami bayar, RM21.60.


Masa dah nak balik,encik suami cakap..
“Lepas ini tak payah datang sini lagi ya..”
n_n