Saturday, 25 June 2011

Weekend

Suami tersayang kerja shift.Oleh itu,peluang untuk kami sama-sama off adalah kurang. Dalam dua bulan sekali je,dia akan off pada hari Sabtu dan Ahad. So,bila dah sama-sama off,aku memang happy lebih sebab..
-      Boleh keluar lama-lama.

-      Ada teman gaduh kat rumah.

-      Ada orang tolong urut. (Walaupun tiap kali aku minta tolong urutkan,orang tu tunjuk muka boring,dan akan merungut-rungut,dan akan urut kasar-kasar sampai tulang aku rasa nak patah.Luckily im strong.)   n_n

Basically,kalau kami sama-sama off,dia akan terseksa lebih sebab..

-      Aku kalau beli barang suka round satu kedai walaupun aku pergi kedai yang sama tiap-tiap minggu.Disebabkan aku ni pelupa,aku selalu lupa mana orang kedai tu letak barang,jadi aku kena pusing-pusing untuk cari barang. Dan my hubby kena sabar saja.  n_n

-      Aku selalu lupa.Contoh, dah habis bayar barang suma,dah nak pegi tempat parking dengan plastic beg penuh di tangan..bukanlah sesuatu yang menghairankan kalau aku cakap..

“Alamak,tadi sayang lupa beli tisu”

Dan kami kena patah balik kat kedai untuk beli tisu.

-      Aku nak berjimat-cermat (konon-konon),aku akan pegi kat beberapa kedai untuk bandingkan harga. Contohnya,harga shampoo Dove kat UO RM9.80. Automatik aku akan fikir,kat Guardian berapa eh? Ntah-ntah ada sale. So,aku akan pegi Guardian. RM10.40. Mahal! Nak tengok kat Watson lah.Kat Watson selalu murah. So,pegi lagi kat Watson. RM10.20. Okey,mari kita pegi ke UO semula. n_n

-      Barang aku cari selalu out of stock.Ya,aku selalu takde ‘ong’. Contohnya,aku nak beli novel Kasih Yang Suci.Aku pegi City Square, orang kat situ cakap dah habis. Kat Pelangi je ada. Tu pun tinggal dua buah novel je. So,terpaksa lah kami pegi ke Pelangi Mall. Oh ya,jarak perjalanan adalah 20 minit menggunakan kenderaan ya,termasuk jalan yang sesak,naik lif dan jalan lenggang kangkung. Perkara yang exactly sama berlaku masa aku nak beli novel M.A.I.D cuma kali ni novel tu tinggal satu je sampai aku kena book dulu.

Kesian suami aku..

Oh ya,satu lagi kebetulan yang aku tak suka ialah bila aku dah siap cantik-cantik,dah happy segala,dah plan nak makan apa,nak beli apa..tiba-tiba..
_
_
_
_
_

HUJAN!

Dan tetiba aku mula nak cakap macam Alyaa..my sis salu cakap..

“ Oh man!!!”