Sunday, 19 June 2011

My Little Angels

Hari tu masa aku balik kampung bersempena dengan Gawai,aku notice something tentang adik-adikku yang buat aku teringat sampai sekarang.
 Syafiq
Aku kena paksa dia masa nak snap pic ni

Adikku ini lahir pada 20 Mac pada pukul 7.15 pagi.Camna aku boleh ingat pukul berapa?Well,sebab dia adikku yang pertama.Syafiq ni yang paling banyak gaduh dengan aku sebab masa dia lahir,aku pun kira kanak-kanak lagi.So,asyik nak memberontak je.Dulu,kalau dia nakal,cepat je tangan aku ni pukul tangan dia.Paling aku ingat benda yang dia buat..masa tu aku tengah baring sambil tengok tv layan Dragonball.Tetiba aku dengar cam bunyi orang menggunting sesuatu tapi aku ignore je.Dah makin lama,akhirnya aku bangun dan tengok dia dengan senang hatinya gunting rambut aku!Kat bahagian atas pulak tu.Masa tu dia 3-4 tahun kot.Aku punya nangis rasa macam nak hentak-hentak je badan dia kat dinding.Akibat dari kejadian tu,rambut aku terpacak untuk sebulan dua..Argh!!Geram.
Sekarang Syafiq dah form 3.Sudah pandai bercinta.Dah besar.Dia ni favourite child my mom.Biasalah,anak lelaki tunggal.Aku happy sebab dia dah jadi lelaki yang baik.
Buktinya masa kami balik kampung dan kena angkat banyak barang..sebelum aku cakap apa-apa,dia cakap dulu..”Tinggal je la barang tu kat situ.Nanti aku angkat”..Dalam hati aku,alahai baik sungguh dia ni.Pandai parents aku ajar.
Lepas tu masa nak masukkan barang dalam kereta yang aku park agak jauh,my hubby dah bising-bising suruh aku ambik keta tu sebab malas nak angkat barang jauh-jauh tapi Syafiq cakap kat abang ipar dia ni..”Jom kita pegi angkat ni..” sambil terus bawa beg-beg yang banyak tu pegi kat kereta yang aku park jauh tanpa banyak songeh.  ^_^
Syafiq telah membesar menjadi anak yang suka menolong dan tak pernah membantah masa nenek kami minta tolong,datuk asyik jer suruh dia pasang dvd,my mom pun selalu suruh dia buat something.Aku doa sangat semoga dia terus ada sikap tu sampai bila-bila dan doa sangat semoga dia berjaya dalam hidup dia.
Syasya
Adikku ini lahir pada 12 Jun dan merupakan adik yang paling aku kesiankan.Sebab my family tak ingat camna dia masih kecik.Tetiba je dia terus besar.Syasya ni lahir masa my family tengah susah so mungkin sebab tu dia jadi anak yang agak pendiam,asyik mengalah,pemalu dan mendengar kata.
Syasya selalu kena marah dengan Syafiq.Mereka ni asyik gaduh 24/7.Dan Syasya jugak selalu kena buli dengan Alyaa..adik kami yang bongsu.Kesian dia.Kelebihan Syasya ni ialah dia bijak.Boleh speak English lebih baik dari abangnya.Apa pun,dia hormat kat aku.Yang bagus tentang dia dan Syafiq ialah mereka tak pernah pun panggil aku dengan nama tapi diaorang panggil aku..Kakak..Aku doakan adikku yang ini akan berjaya dalam hidup dia dan akan dapat suami yang sangat baik,mentua yang tak banyak karenah dan ipar-ipar yang baik hati.Ini sangat penting.Amin.
Alyaa
Ni satu-satunya adik yang panggil aku Fi.Lahir pada 11 Feb.Jarang sangat dengar dia panggil Kakak Fi.Adik yang paling cute,paling disayangi semua orang dan paling kuat makan.Dia lagi kuat makan dari aku.Bayangkan,dia boleh makan mee segera sebungkus,pastu dia pegi peti ais jumpa ikan bilis mentah,dia makan jugak.Pastu dia pegi lagi kat peti ais,jumpa milo dalam mangkuk,dia makan jugak.Macam manalah suma tu boleh muat kat perut montel dia?   +_+
Aku kesian satu benda dengan dia disebabkan badan dia yang gebu tu,dia salu kena usik dengan orang sampai bila aku nak angkat dia..dia cakap..”Tak payahlah.Aku berat”.Alololo..kesian dia.Tapi aku jawab..”Alyaa tak berat.Ringan je” sambil angkat dia walaupun hakikatnya senak dada aku.
Dia suka sangat tengok tv.Dan latest trademark dia yang asyik buat aku dan Syasya bengang ialah dia suka sebut..”Oh man!” macam kat Dora The Explorer tu.  ^_^
Tiapkali kita suruh dia buat apa-apa,dia akan cakap..”Oh Man!” +_+
Aku doakan adikku yang ni pun semoga dapat yang terbaik dalam hidup.
Aku,Lia & Sya
Sebagai kakak,aku happy sebab kesemua adik aku ni,semuanya aku tengok dari dalam perut sampailah sekarang.Dari sekecik tapak tangan sampai dah boleh share baju dengan aku.So,kalau diaorang malas nak urut aku,aku selalu bebel..dulu,kakak ni tau yang buat susu korang,tidurkan korang..jadi sekarang jangan nak bermalas-malas dengan kakak.
p/s : Suddenly,I miss them..