Sunday, 12 June 2011

Marriage


Ramai yang cakap berkahwin di usia muda ni nanti confirm akan menyesal. Entahlah,setiap apa yang berlaku mesti ada pro dan kontranya kan?
Nak share pengalaman pertamaku dalam hidup bersama dia..
Memasak
Sebenarnya aku ni boleh dikatakan sangat jarang memasak. Paling-paling aku masak pun nasi goreng dan telur goreng je ( tu pun tak berapa nak pandai pecahkan telur. aigoooo.. ) And first time aku masak benda yang betul-betul ialah untuk my hubby ( masa tu masih couple lagi ). Aku ingat lagi aku goreng ayam Ayamas yang dalam peket tu dengan daun ubi. Masa tu aku masak dengan harapan sedap la konon-konon. Masa makan, aku tengok dia biasa jer. Last-last aku check rupanya ayam tak masak. I'm suck. Macam manalah aku goreng ayam tak masak ni? But thank God, dia tak komplen apa-apa. Siap cakap,takpe..its ok..
Mencuci baju lelaki dengan tangan
Selalunya aku mesin baju. Tu pun biasanya mummy aku yang mesinkan. Ya,aku memang dasar anak dara pemalas tahap dewa. Bila dah bersama,aku kena cuci baju dia manually sebab masa tu kami belum ada mesin basuh lagi. My hubby jenis sangat pembersih,dia spend dekat 10min untuk cuci sehelai t-shirt. Aku? Kekeke..Aku spend 15 minit jer untuk sebaldi pakaian. Dia geleng kepala. Mesti dalam hati dia nyesal ambik aku jadi bini.   ^_^
Bercuti berdua
Biasanya aku bercuti dengan family. Masa merancang untuk bercuti berdua, aku ingat fun je. Rupanya its not easy tau untuk bercuti kali pertama dengan pasangan kita especially kalau hubungan tu baru setahun jagung. Masa ni we get to know each other more. Masa ni dia tahu bila aku penat berjalan, aku suka buat muka dan masa ni jugak aku tahu,tiapkali aku buat eksperesi muka tu, dia marah.
Sebenarnya,banyak lagi tapi cukuplah tu. Maksud aku di sini ialah kadang-kadang kita selalu ingat semua perkara akan okey tapi hakikatnya kita kena belajar untuk semua benda jadi okey.
Selalu terjadi pasangan muda baru kahwin bercerai sebab tiada persefahaman. As for me, marriage is something yang there is no turning point. Each day is a learning process.
So, kepada yang ingin kahwin, fikir elok-elok tau. Jangan ikut nafsu semata. Susah kahwin ni sebab kita bukan kahwin dengan seorang manusia sahaja tetapi kita kena kahwin dengan the entire family. Bersedialah fizikal dan mental dulu.
Kepada yang baru nak kahwin, jom kita belajar bersama!
Kepada yang telah berkahwin, kuatkanlah hati dalam menghadapi dugaan ya..
There is no perfect marriage as there is no perfect life!
Deal with it, live with it.