Monday, 27 June 2011

Green tea oh green tea

Perasan tak kulit orang Jepun ni cantik-cantik belaka?Halus,licin..macam tomato segar? Jangan pulak cakap,oh kulit dia cantik sebab dia makan b*b*..Haish,doktor manalah engkau dengar cakap gitu? Sebenarnya,salah satu sebab kulit diaorang cantik giler ialah mereka mengamalkan meminum green tea..
Dulu,aku ingat green tea ni semua rasa macam shampoo Baby Johnson sampai aku heran sesangat,macam manalah ada orang boleh tahan minum benda yang rasa dan bau exactly macam shampoo ni? Sehinggalah aku pegi kat Sushi King dengan my hubby. Kepada yang tak tahu, kalau kita makan kat Sushi King, dia akan bagi green tea free tau. So,memandangkan aku jenis yang takkan tolak benda free jadi aku mintalah green tea kat staff situ.Bila dah rasa,eh..takde bau shampoo pon??Baru lah aku tahu rupanya bau shampoo tu sebenarnya yang perisa jasmine sahaja ya..Yang original,biasa je.Rasa cam teh biasa Cuma yang ni sangat berkhasiat.Saya ulang lagi..SANGAT BERKHASIAT..
Green tea ni mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan kulit. Kalau amalkan minum green tea ni,kulit anda jadi cantik cam kulit tomato segar.Apa yang lebih bagus dari tu?
So untuk memulakan amalan ke arah kulit yang super gorgeous,aku pun shopping barang green tea sikit..  
Mandian Shokubutsu

Hasil pembacaan aku, produk Shokubutsu ni sangat bagus sebab tak mengandungi Sodium Laureth Sulfate (SLF) yang tidak bagus untuk kulit.Yang lagi best,body wash ni wangi,tak buat kulit kering dan banyak bubble..Best!! Sebelum ni aku guna yang jenis Oriental Charm (pek dia kaler oren,wangeeee…),sekarang aku beli yang jenis Soothing Balance (green tea tu..).Harga dia RM4.99 untuk 60ml.Murahkan?
Green tea
Sebenarnya dari blog walking yang aku sering buat setiap masa,orang cakap brand OSK paling sedap tapi aku dah cari kat Giant, Tesco, Guardian, Watson..suma pun takde.Dah bankrap ke jenama ni? So, suami tersayang belikan aku brand Ahmad Tea.Harga dia RM14.99 untuk 100 peket kalau kat Giant.
Nak prepare teh ni susah giler.Salah buat sikit,pahit macam telan panadol.Tapi,bila dah mahir tu,ok je rasanya.
Meh aku tunjukkan cara membuat air green tea agar tak pahit
-Mula-mula tuangkan air masak ke dalam gelas hingga separuh.
-Pastu,masaklah air.Bila air dah mendidih,jangan terus tuang ke dalam gelas tau.Green tea ni paling tak boleh kalau kita tuang jer air yang baru jer mendidih sebab nanti daun teh tu akan masak hingga menyebabkan teh tu pahit sangat.
-Lepas dua minit air kita mendidih,kita tuanglah air tu ke dalam gelas yang ada separuh air masak biasa tu tadi.
-So jadilah dia air suam. (Ok,kenapa awal-awal aku tak mention gunakan air suam?)
-Next,masukkanlah green tea tu.Aku guna yang uncang saja.Rendam dan kemudian kira 1,2,3..sampai 90.Then alihkan uncang tu. SIAP!

Kenapa nak kira 1-90?Sebab green tea ni tempoh penyediaan dia hanya 1-3 minit.Kalau lebih,nanti dia pahit so aku buat 90 saat.
Rasanya?Kalau aku cakap sedap sangat,nampak bebenor la menipunyer..Rasa green tea ni tasteless.Cam air kosong tambah ada hint of kelat sikit.Oh ya,pastikan tak makan apa-apa makanan yang berkhasiat dalam masa 2 jam sebelum dan selepas minum green tea sebab green tea ni menghalang nutrien makanan lain diserap oleh badan.Lepas 2 jam,dah hadam kan?
Make up remover Green Tea

Aku sekarang dah tak pakai losyen lagi sebab aku guna olive oil tapi memandangkan bekalan losyen ni ada,so aku jumpa cara yang lagi best untuk memanfaatkan losyen green tea.
Caranya ialah dengan mencampurkan losyen ni sikit (dalam sekali tekan) bersama minyak zaitun.
Hasilnya?
Mekap hilang,less oily,muka pun wangi.
Pencuci muka Green Tea
Uncang teh yang telah diguna tu jangan buang,keluarkan isi teh,pastu gosok-gosokkan ke muka.Kalau just pakai two way cake tanpa mascara dan eyeliner,confirm hilang lah mekap.Jangan lupa,gosok-gosoklah di bibir sekali ya..
Aku guna cara ni.Lepas buat,kulit muka rasa lembut dan bersih.
Sila doakan kulit aku semakin santek ya??Kalau sudi,marilah tiru cara saya..