Sunday, 8 May 2011

She loves him..


Lelaki itu..

Dia masih ingat pertama kali mereka berjumpa. Masa tu dia tengah briefing dalam office, masa tu ramai sangat dalam ofis. Tetiba pintu ofis terbuka. Lelaki itu masuk tanpa mempedulikan semua orang di dalamnya. Dan orang lain pun tak mempedulikan lelaki itu kecuali dia..Dia memandang lelaki itu, mungkin di mata orang lain, tidaklah hensem..tapi there's something yang membuatkan dia tertarik. It was love at first sight for her. Dia bukanlah gadis yang sering jatuh cinta, malah tidak pernah langsung jatuh cinta pandang pertama, gambar lelaki pertama dalam walletnya pun Shah Rukh Khan...tapi kenapa dengan lelaki itu dia jatuh suka walaupun dia tak tahu siapa lelaki itu,tak pernah bercakap dengan lelaki itu...

Kemudian, mereka briefing lagi. Kali ini di cafe. Masa tu, dia datang lambat sikit. Masa dia datang semua orang dah ada. Dan dia dapat duduk di penjuru meja.. Betul-betul bersebelahan dengan lelaki itu..  :)


Dia memang tak pandai melukis. Ini meja makan...harap yang melihatnya faham...

Masa di meja makan itu, dia asyik pandang lelaki itu. Bercakap dengan lelaki itu. Masa tu, dia meneliti lelaki itu. Pandang jarinya, bersih. Kuku lelaki tu pendek, dipotong kemas. Dalam hati dia cakap, oh bagus.Ini maknanya lelaki ini pembersih. Tengok muka lagi..Hmm,bibir tak hitam. Maksudnya, tak merokok. Ok, bonus..Dan orang yang buat briefing tu cakap sesuatu yan bagus. Dia cakap sebagai rakan sekerja,kita patut saling contact each other. Dia fikir, bagus. Kita patut saling contact! Maka dia dengan tak malunya minta nombor hp lelaki itu. Dengan alasan, yela..in case of anything..  :) Tapi lelaki tu tak minta nombor dia pun. Dia hampa sikit tapi sikit jelah..Sesuatu yang kita usaha untuk dapatkan, barulah thrill!

Malam iu bila balik rumah, dia memang tak sabar nak contact lelaki itu. Mula-mula dia missed call saja sebab tak tahu nak cakap apa. Kalau call, nampak agak melampau. Kalau sms, nampak sangat tak mesra pulak. Jadi miskol jela. Then mesej masuk. Tuhan saja tahu betapa happynya time tu!  :) Sejak malam tu, mereka selalu sangat msg. Malangnya mereka tidak ditempatkan di group yang sama tapi takpelah..

Lelaki itu tak pernah menunjukkan perasaan suka tapi lelaki itu sering membantu, sering melindungi dia. Pada suatu ketika, dia pernah terlebih amount duit masa buat sales dan its a big deal..Dia nangis call lelaki tu dan macam yang dia harapkan, lelaki itu cuba membantu dia. Mereka tidak bekerja di shif yang sama tetapi lelaki itu sentiasa sms dia, dan akan teman dia sampai dia tidur. Tak pernah sekali pun lelaki itu tidur lebih awal dari dia...

Dan akhirnya mereka bersama. Semoga Tuhan merestui hubungan mereka. Dia berjanji, selagi dia mampu, dia akan pertahankan hubungan mereka.. Andai itu lelaki terbaik untuk dia, dia berdoa pada Tuhan, dekatkanlah mereka..

Persahabatan mereka mungkin nampak lain. Mungkin tak konvensional. Tapi moral di sini ialah kalau kita tak mengalah, kalau kita tak give up, kalau kita bersungguh-sungguh..segala apa yang kita inginkan, pasti akan kita dapat..

Falling in love with you is not that hard but to keep this relationship..i hope that we'll do our best together..

xoxo