Tuesday, 17 May 2011

REALITI KEBANYAKAN ORANG MALAYSIA

Line internet sungguh slow.Maka untuk tidak membuang masa,aku akan mengupdate blog sambil menunggu youtube buffering.. :)

Kali ni nak share something yang kita semua lakukan tapi tak perasan..
Orang Malaysia ni sangatlah bersopan-santun dan berbudi pekerti kalau di tempat orang. Contoh paling dekat, kita akan menyumpah-nyumpah,merungut-rungut,bertolak-tolak..siap buat aduan lagi..kalau mereka perlu beratur lama di airport sebab perlu buat pemeriksaan untuk pas perjalanan tetapi kita akan senyap saja kalau sampai kat negara orang dan orang kat sana check semua penumpang satu persatu dengan masa yang lama. Dalam hati kita akan cakap, oh..ini undang-undang negara orang.Kita perlu ikut. Habis,undang-undang negara sendiri?
Kalau ditanya kita orang apa, semua orang Malaysia akan jawab..dia orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Even aku pun.. MELAINKAN ketika berada di luar negara, baru kita akan cakap kita ni Malaysian. Pelik?
Orang Malaysia sangat sayangkan tenaga. Kalau pegi kat mana-mana shopping mall, kita akan perasan banyak kereta berpusing-pusing berkali-kali semata-mata untuk mencari tempat parking yang paling dekat dengan lif atau pintu masuk. Kenapa tak cari tempat parking yang paling dekat dengan pengawal keselamatan? Kan kereta lebih selamat. Aku pun tak faham. Kadang-kadang sanggup tunggu untuk kereta lain keluar hingga menyebabkan kesesakan di tempat parking gara-gara nak parking tempat yang paling dekat. Kadang-kadang sampai bergaduh..Isk!
Orang Malaysia tak naik tangga kecuali tangga rumah. Pegilah mana-mana bangunan bertingkat, secara automatik kita akan cari lif atau eskalator. Even kalau kena naik satu tingkat pun, kalau ada lif, kita akan guna lif. Kalau kat mall, eskalator yang turun..yang TURUN yer..bukan naik..rosak,kita akan merungut sebab terpaksa turun eskalator. Turun tangga pun malas,apatah lagi naik tangga..
Kita suka membangkang. Segala apa yang dicadangkan kepada kita, kita akan bangkang,kita akan komplen. Contohnya, bila RON95 naik harga, kita semua bising. Tetapi bila orang asing yang terang-terang menggunakan plat kereta negara lain beli RON95, kita tengok saja. Alasan kita, alah, dia beli sikit jer. Tak luak pun.. Bayangkan ada 100 orang fikir camni?
8 dari 10 majlis yang diadakan di Malaysia tidak akan bermula seperti dalam aturcara. Contohnya,majlis sepatutnya bermula pukul 9 tetapi waktu ni biasa tetamu baru sampai. Kalau nasib baik, paling awal majilis tu akan bermula pun 9.45..
Kebanyakan orang Malaysia suka cerita sensasi. Sebab tu Harian Metro sangat laris.Titik. Tak payah bukti lain.
Orang Malaysia sangat bagus dari segi makanan sebab lidah kita ni..masaklah masakan Negara mana pun..Turki, India, Jerman, Perancis, Jepun, Korea..suma kita makan. We are food lover!
Till next time!