Saturday, 14 May 2011

Oreo Cheesecake

Okey..this time nak pakai font lain sebab saya suka ini font. Bookman old stlye is my favourite font. Let’s straight to the point..
Semalam aku ada buat oreo cheesecake..Dan aku nak bagi resepi dia kat sini sebab kalau ada yang teringin nak buat, boleh cuba.Sebab yang lagi penting, kalau aku lupa resepi, aku boleh buka blog sendiri dan tengok. Oh ya, aku sertakan harga sekali yer supaya boleh agak bajet..Dan entri ini sangat panjang sebab aku memang suka membebel. Kalau rasa stress membaca bebelan aku, baca yang BOLD saja. :)
Resepi Oreo Cheesecake
Bahan-bahan
2 bungkus biskut oreo original yang paling besar
(Oreo ori yang paling sedap.yang lain cam tak berapa. Harga dalam RM7)

Butter 50 gram
(Since aku lupa dan malas nak cari mana aku letak penimbang utk kuih tu, aku agak-agak jer. Butter tu kan cam bongkah. Potong kira-kira 1 cm dari butter itu ya..Harga RM4.26 kalau kat Giant)
Cream cheese Philadelphia 250 gram
(Cream cheese ni sepeket memang 250 g so tak payah timbang. Mesti pakai brand ini sebab ini yang paling sedap dan paling bagus. Harga RM10.99..)

 Untuk gambar yang lebih jelas, sila google yer..

Susu pekat setengah tin
(Suami tersayang tak suka susu tin ni. Kat resepi asal pulak ada so untuk kepuasan hati orang tersayang dan hati diri sendiri, aku pakai 3 sudu jer. Harga RM2.49. Aku amik brand yang mami aku salu beli)
Itulah bahan-bahan nya..Kira bajet RM30 la..eh, baru perasan, kalau beli kat Secret Recipe pun sama jer harganya kot tapi ini untuk kepuasan hati yer...
Cara-cara membuat :
Mula-mula kita oleskan sedikit butter kat loyang. Ini bagi memudahkan kita mengeluarkan kek kita nanti yer.. Aku guna loyang 9 cm.

Bahan A
Keluarkan sepeket setengah oreo dari bungkusannya dan tinggalkan baki dalam 6 keping biskut jer ya..
Lepas tu kita cairkan butter yang 50 g tadi.
Sila blend Bahan A.
(Aku ada blender tapi blender untuk juice. Dan sedihnya aku tak dapat blend.Aku tak tau pun blender jus tak boleh blend cookies selama ni. :( Maka dengan hati kecewa aku pandang-pandang sekeliling dapur dan ternampak LESUNG BATU! Bak kata pepatah, tak ada gading, tanduk pun berguna juga. So aku pun menumbuk oreo tu hingga hancur. Make sure tumbuk hingga halus.. Pastu,masukkan dalam container dan gaul dengan butter hingga sebati. Siap! )
Hero of the day!

Selepas bahan A sebati, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan. Letak dalam freezer.
(Nak kasi mampat, ratakan dulu biskut tu. Pastu gunakan tangan anda untuk memampatkan Bahan A tersebut yer..Ini namanya air tangan seorang isteri. Jangan lupa cakap dalam hati..semoga dengan memakan ini, suami aku akan sayang aku lebih.Aku bukan bomohkan laki tau. Ini petua saja.Kepada yang tangan lembik, suruh jer orang lain buat. Nanti adunan tu tak melekat pulak.Jadi bini orang ni tangan kena kuat.Nanti kalau laki buli, tumbuk saja laki itu. Hehehe..)

Bahan B
Blend Cream Cheese dan susu pekat. Bila dah sebati, masukkan baki biskut oreo yang 6 keping tu dan blend lagi.
(Semalam aku terletak dalam 10 keping biskut tu jadi kek aku macam kek coklat while it suppose to nampak macam kek vanilla. :( Jadi next time akan letak 6 keping jer untuk lapisan atas. Tapi rasanya tetap sama sebab kat atas dia rasa cheese je..
Kemudian, tuangkan bahan B di atas Bahan A dan ratakan.
Masukkan dalm freezer dan biarkan semalaman.
Lepas tu boleh makan... Senang sangat!

Its suppose to look like this..Yang aku buat, hanya boleh dilihat oleh my hubby,my mum & Cik Adeline
Nota kaki : Kek ini cepat cair ye toppingnya. Taklah cair cam aiskrim tapi cheese kan..memang dia ada lembik la kalau lama kat luar ice box. So, kalau tak habis, simpan lam ice box ye.. Selamat mencuba..