Saturday, 7 May 2011

Mengapa kita begini?

Tadi aku terbaca satu blog mengenai cover depan sebuah akhbar. The blog's content itself tidak begitu menarik perhatian aku tapi puluhan harsh comments kat bawah blog tu betul-betul buat aku tertanya,kenapa kita jadi begini?

Ada banyak komen mengatakan marilah kita bersama-sama menghapuskan penganut agama Kristian dan bangsa lain. Kenapa wujud orang begini? Aku menulis ni bukan sebab aku nak tegakkan agama,bukan sebab aku nak kutuk bangsa lain, bukan sebab aku nak menidakkan agama lain..tetapi atas dasar kemanusiaan. Aku teringin sangat nak beri pendapat tentang perkara ni.

Rasanya semua orang tahu, manusia pertama yang dicipta Tuhan adalah Adam dan Eve atau Adam dan Hawa. Ikut pendapat masing-masing nak guna yang mana satu. Dan apa yang aku tahu dari apa yang aku baca (mungkin aku salah,sila betulkan..) sewaktu dua manusia ini dicipta, Tuhan memang wujud. Syurga memang wujud. Syaitan pun memang wujud. Semua itu telah ada sebelum dua manusia ini dicipta. Tapi, pada ketika ini, wujudkah agama? Pada ketika itu, Adam dan Eve atau Adam dan Hawa ini percaya pada Tuhan tapi aku belum pernah terbaca di mana-mana bahawa mereka adalah penganut agama Kristian, Islam, Hindu, Buddha..

Selepas beberapa ketika, barulah wujud pelbagai agama. Dan setiap manusia di Bumi ini menganut agama mengikut pilihan atau takdir yang telah ditentukan untuk mereka. Soalan aku, kenapa manusia-manusia ini sibuk mengatakan agama/bangsa mereka yang paling bagus? Dan apa hak mereka untuk memusnahkan bangsa atau penganut agama lain? Sebagai seorang yang sering bergaul dengan rakan yang berbilang bangsa, malah my family pun berbilang agama..aku tak rasa pun ada agama yang menyuruh kita buat jahat kepada orang lain. Kalau ada,mungkin ajaran sesat..

Rasanya semua orang percaya pada Tuhan tak kira Tuhan tu dalam bentuk yang bagaimana tapi apa yang penting, kita percaya pada Tuhan. Dan kita semua acknowledge yang Tuhan wujud sebelum alam semesta ini wujud. Jadi kenapa kita perlu saling berbalah sedangkan pada hakikatnya, kita percaya pada perkara yang SATU. Contohnya, kenapa kita perlu mempersoalkan nasi goreng, nasi ambang, nasi lemak atau nasi campur..mana satu yang paling sedap sedangkan main ingredient nya adalah nasi. Dan fungsinya adalah untuk mengenyangkan.

Lumrah manusia, bila perkara yang dia sangat percaya dikutuk, dia akan sedaya upaya mempertahankannya. Kalau perkara ni berterusan, nanti kita berperang. Untuk apa? Berbaloikah kalau kita berperang? Contoh macam Gadaffi dan Amerika. Gadaffi cakap dia nak pertahankan hak dia. Amerika cakap dia nak lindungi penduduk. Then dua-dua berperang. Atas alasan yang suka-ati-diaorang-aku-tak-kisah. Dalam keadaan ini, soalan aku adakah rakyat di negara itu kisah kalau Gadaffi tak jadi ketua lagi? Adakah budak-budak, bayi..adakah mereka kisah kalau Amerika menang? Sebab hakikatnya, mereka tak faham pun apa yang berlaku (ini untuk bayi) dan mereka menjadi mangsa. Mereka ini ada hak untuk hidup.

Bila Osama meninggal, mungkin ada pengikut dia cakap,dia mati memperjuangkan kepercayaannya. But, did he even realised how much do others have to pay for his belief? Betapa banyak orang mati, berapa banyak orang menderita, berapa banyak perempuan kena rogol tentera, berapa banyak orang tak makan, berapa seksa rakyat seluruh dunia terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga minyak, betapa sayangnya Taman Babylon yang merupakan antara tujuh keajaiban dunia musnah..semua ini semata-mata kerana US nak tangkap dia. Adakah mereka ini rela diperlakukan sedemikian? Mungkin bala tentera atau pengikut dia rela tapi..paling senanglah..berapa ramai antara kita yang merungut bila harga petrol naik?

Mungkin ada yang akan persoal,takkan nak salahkan dia seorang? Kalau dia tak rancang kejadian.11 Sept, semua tu mungkin tak berlaku. Kita pun maklum, tindakan berlainan yang kita ambil untuk sesuatu situasi akan menyebabkan tindak balas yang berlainan. Tapi benda yang berlaku pun sudah berlaku. Sila ambil iktibar.

Berbalik pada pemberi komen yang kata marilah kita bersama-sama memusnahkan penganut agama lain tu..cuba kalau negara kita jadi macam Jepun. Loji nuklear di Malaysia (ini contoh) bocor. Adakah pemberi komen ini sanggup menjadi orang yang akan masuk dalam loji tersebut untuk memulihkan kebocoran tersebut? Kalau tanya direct, mesti dia akan kata sanggup. Tapi kalau betul-betul, adakah dia sanggup mati dan meninggalkan keluarga untuk keselamatan negara? Berapa ramai orang yang sanggup mati untuk sesuatu perkara? Kalau kita tak sanggup, kenapa kita sanggup beri idea untuk musnahkan atau dalam erti kata lain, membunuh orang lain hanya kerana kepercayaan dia berbeza dari kita?

Kita di dunia ini, tidak kira kita manusia, flora atau fauna..kita semua berbumbungkan langit yang sama, kita semua diterangi oleh cahaya Matahari yang sama, kita semua menghirup udara yang sama. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Hidup ini bukan Facebook yang kalau kita tak suka orang tu, kita boleh unfriend atau block the person..

I am sorry..

xoxo