Saturday, 23 April 2011

Promise Is A Promise


Kata orang tua-tua.. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Ni dah cukup untuk menunjukkan betapa pentingnya setiap janji yang dibuat. Dari kecil, aku memang dah terbiasa dengan tabiat, aku takkan berjanji untuk apa-apa sekali pun melainkan aku betul-betul yakin, aku akan tepati janji tu.

And the first person i've promised to is my dearest dad. Aku janji untuk merahsiakan sesuatu. Janji yang masih aku pegang sampai sekarang..R.I.P. daddy..

Tapi kita ni suka sangat mungkir janji. Kenapa? Aku paling benci.. Ok, aku listkan benda yang aku paling tak suka orang buat :

  1. Janji nak jumpa aku pukul 8. Tapi datang pukul 8.30,9.00..Aku totally tak boleh accept kalau orang tu lambat more than 30 minutes without a 'really' good excuse.
  2. Aku bagitau dia rahsia. Dia janji untuk rahsiakan. Tapi dia bagitau orang lain jugak. Cuma dia sempat cakap.. Ni rahsia tau. Jangan bagitau orang lain..Dan orang lain tu pulak bagitau kat orang lain..Dan benda tu berterusan sehingga rahsia bukan lagi rahsia. Amboi, kau ingat rahsia aku ni Skim Piramid yer? Suka suki jer nak sebarkan.
  3. Aku minta orang tu janji dengan aku untuk buat something. Tapi dia tak buat.   :(
Bila kita tak nak ditipu, bila kita tak nak dikhianati, janganlah kita buat gitu kat orang lain. Its hurt. Especially kalau orang tu orang yang kita sayang..



Awak, janganlah tipu saya. Benda tu mungkin kecik bagi awak, tapi penting untuk saya. Awak buat saya sedih..Tapi takpe..saya masih sayang kat awak..

xoxo