Wednesday, 20 April 2011

If i rule a country

Aku tahu bukan mudah nak memerintah sebuah negara. Tapi aku saja je nak berkongsi idea lah kan..Yela,benda dah ada kat kepala ni, rugi lak kalau simpan saja..hehe..

Benda pertama yang akan aku lakukan ialah mengkaji semula sistem bagi pekerja di sektor awam ni. Mungkin ramai yang tak sedar, banyak pekerja sektor awam ni manja giler. Tak boleh ditegur sikit, asyik nak ambik MC jer memanjang. Suma tu perlu diubah. Bagi aku, bagaimana sebuah negara nak maju kalau ada pekerjanya yang buat kerja sambil lewa saja? Camna nak ubah? Hmm..ubahlah peraturan. Jangan bagi kelayakan MC sampai beratus-ratus hari. Hadkan. Bagi MC 3 hari jer sebulan. Kalau betul-betul sakit dan perlu lebih MC, perlu ada medical report dari doktor. Medical report..bukan MC yang sekeping yang boleh dapat RM10 sekeping tu.

Lepas tu, kalau ada yang tak datang tanpa sebab lebih dari seminggu, buatlah tindakan potong gaji serta merta. Kalau masih buat, gantung kerja. Masih buat lagi, buang kerja. Buat tu sebagai syarat utama semasa masuk kerja. Jangan nanti kerajaan pulak kena saman sebab buang orang kerja. Dah satu hal pulak nak membayar.

Semua pekerja yang di barisan hadapan contoh macam polis,tentera,kastam,immigresen..yang menjaga keselamatan negara lah..mesti pastikan BMI dia berada pada paras normal.Tak boleh lebih berat badan. Mesti timbang setiap 3 bulan. Kalau BMI tak normal, bagi surat tunjuk sebab. Lepas 3 kali tunjuk sebab,masih jugak sama tanpa ada alasan yang kukuh (kuat makan bukan alasan ye), sila buang kerja. Cara ni agak kejam tapi fikirlah..kenapa kita nak orang yang tak sihat melindungi negara kita? Bayangkan ada peperangan? Orang yang camni..joging pun confirm semput..camna nak pastikan kita semua selamat? Tengok tentera Jepun, Amerika, China..ni tentera di negara-negara kuat ni..ada ke yang perut macam Doraemon?Kita memang boleh cakap, badan kuat tapi hati penakut buat apa? Iyer sayang,betul tu. Tapi kalau badan sekeping, hati besar cam gajah..orang lain langgar awak, awak dah jatuh..

Kaji semula cara pemberian tender-tender. Mungkin kalau aku pemerintah, agak susah nak monitor satu negara tapi negara kan penuh dengan orang yang bijak-bijak. Takde ke cara agar tender-tender tu tak diberi secara sebarang saja? Kesian aku tengok duit habis kat benda-benda yang sangat tak perlu. Bayangkan,pendrive 1G kena bayar RM100. Are you kidding me?

Tangkap saja semua orang yang suka tunjuk perasaan. Tangkap diaorang ni dan denda diaorang bersihkan tempat pembuangan sampah di Malaysia ni. Dari dia duduk sedap dalam penjara tu, baik suruh dia buat kerja. Camtu gak dengan penagih dadah dan penjenayah ringan. Jangan pulak ko suruh pembunuh buat suma tu,kang ko pulak yang kena..

Kepada yang suka buang sampah sembarangan, saman dan suruh dia buat kerja amal macam kat Singapura.

Jangan bagi diskaun saman. Boleh tak kalau sesiapa yang nak buat loan di bank, suma jumlah saman dia yang masih tertunggak, duit tu akan dipotong secara automatik sekiranya dia buat loan? Yelah, orang kan suka sangat buat loan..

Tu jer lah idea aku buat masa ini. Ini idea jer.. Tak payah buang masa nak bangkang aku..