Wednesday, 20 April 2011

Hutan Bandar Bistro

Aku sangat suka makan. Sangat suka sampai kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku kuat makan? Tinggal di Johor Bahru ni, one of my favourite place to makan-makan is Hutan Bandar Bistro la..Memang dah glamour dah tempat ni. Aku saja je nak tambah glamour. Tempat makan ni terletak di Hutan Bandar, dan cawangan keduanya terletak di sebelah Bangunan TJB..

Kenapa tempat ni famous? Sebab makanan dia murah giler,portion dia pun boleh tahan. Hubby dan aku selalu bincang camna lah diaorang ni nak dapat untung sebab jual makanan murah sangat. Adakah tauke ni ada ladang ayam? Kebun kobis dan salad? Kebun french fries? Entahlah, masih takde jawapan dan perbincangan tu akan sentiasa berterusan setiapkali kami makan kat situ. Hehe.

Tempat ni buka dari pukul 6 petang camtu sampai lah pukul 1 pagi. Ni average jer timing dia sebab time ni paling sesuai makan kat sini. Antara makanan favourite aku..


Grilled Chicken Chop

Ni memang sedap. Okey, sekarang sudah lapar. I won't say this is the best tapi aku rasa ni lah grill chicken chop yang berharga RM6.50 terbaik yang aku boleh dapat.



Oblong set

Oblong set ni..actually masa this picture taken, ni first time aku makan benda ni. Komen, sedaplah jugak pada yang suka beef. Tapi, memang besar dan banyak.. Tak rugi.



Cendol pulut

Cendol ni cuma ada kat cawangan yang kat Hutan Bandar jer. Woooo..this one is siyesly sedap,okey? Otak-otak, carrot juice, watermelon juice, durian belanda juice, laici ais,nasi goreng kampung dan nasi ayam panggang sos lada hitan dia adalah antara makanan wajib try kat sini..


Confirm pinggan korang licin camni....


xoxo