Tuesday, 26 April 2011

Cinta

Setiap orang sepatutnya pernah jatuh cinta.Aku pernah jatuh cinta,tak kisahlah orang gelar cinta aku tu cinta monyet ke,cinta palsu ke,cinta atas dasar nafsu ke..Tapi hakikatnya aku pun pernah rasa cinta tu camna.Bila dah kahwin ni,rasa cinta tu aku rasa lebih berat pada rasa sayang.Kalau dah kawin,faham kot maksud aku.




Kenapa kita jatuh cinta?

Aku pernah jumpa banyak orang yang bangga giler dia tak pernah bercinta,atau orang yang happy sangat cakap.."Oh.he's my first love.Then kitaorang terus kahwin.Kesiannya u kena putus cinta banyak kali baru jumpa The One"..Boleh tak kalau aku sekeh kepala dia ni?Hello!Just because engkau tak pernah putus cinta,doesn't mean you are better than me and of course la..doesn't mean i am better than you.

Setiap orang ada pendapat masing-masing.Bagi aku, sering jatuh cinta dan kecewa, benda tu sebenarnya menguatkan aku.Bila perkara buruk terjadi pada aku, aku senang je cakap pada diri sendiri, aku pernah melalui benda yang jauh lebih teruk so this is nothing compare to that one.Pengalaman betul-betul mendewasakan kita.Really.Manusia yang pernah buat aku nangis, aku dulu memang rasa benci yang teramat sangat sampai aku sumpah manusia itu. Takkan senang seumur hidup dia sebab mainkan perasaan perempuan. Sekarang aku masih benci dia tapi aku bersyukur juga lah,kalau aku tak kenal dia, aku tak tahu pun dalam dunia ni wujud manusia camtu. But again, setiap apa yang pahit,mesti ada yang manisnya kan?

Bunuh diri sebab cinta?Bunuh orang sebab cinta?



Banyak sangat aku dengar pasal ni.Dulu selalu sangat dengar orang bunuh diri sebab cinta, sekarang orang bunuh orang lain pulak sebab cinta. Oh,dunia. Aku sendiri..masa remaja dulu,aku pun pernah bodoh jugak..Telan pil banyak-banyak sebab konon dah tak nak hidup lagi dah.Sebab sorang lelaki je buat gitu.Kalau orang tu tahu aku nak bunuh diri, takpe lah jugak. Pas telan ubat banyak-banyak,selain dari tu aku pernah minum ubat batuk sebotol..aku tidur.Mabuk ubat. Then hidup lagi. Syukur sangat. Nasib baik buah pinggang aku tak rosak.

Kepada sesiapa yang ada hati nak bunuh diri tu..kalau masih remaja,aku nak cakap..Hello!Kau ingat coffin tu murah? (ok,tetiba terlupa camna nak cakap coffin in malay..) Lagi-lagi kalau bukan Islam tu..ingat tanah perkuburan tu murah ke?Minta jauh lah saudara-mara aku buat gini.Aku tak cukup duit nak tanggung kematian korang yang korang sendiri minta. Kepada yang dah tak remaja lagi,aku nak cakap..Hutang dah habis bayar ke awak?Hutang kereta,rumah,pinjam ngan along..nanti sape nak bayar suma tu kalau engkau mati bunuh diri?Nak nyusahkan family?Banyak cantik muka.Ingat hutang burn ke kalau mati?

Yang sanggup membunuh sebab cinta..contohlah kekasih dia tinggalkan dia,then kekasih dia jumpa bf lain,dia bunuh bf ex dia tu. Meh kita bayangkan sama-sama. Let say this happen, your ex tu nak ke couple ngan korang lepas tahu korang ni permbunuh?Aku nak guna word tu pun takut.Pastu,korang masuk penjara.Memanglah sedap makan free tapi let say lah korang dibebaskan satu ari nanti, tak fikir ke you've waste bertahun-tahun of your life dalam penjara just for a person, and at the end, you've got nothing left?Memalukan family,memalukan diri sendiri.Then camna korang nak cari kerja dengan rekod buruk tu?Jangan cakap sedangkan cacing dalam batu pun boleh hidup. Itu aku pun tahu tapi kita ni bukan nak hidup je..kita nak hidup senang..atau paling kurang kita nak hidup dengan selesa. Kan?

I will love you till the end of time.

Benda ni cuma ada dalam cerita fairy tale jer okey? Memang ada orang yang akan menyayangi pasangannya hingga akhir hayat. Aku doakan aku dan suami aku pun camtu.Amin. Tapi camna dengan orang yang dah kena tinggal dengan pasangan dia tapi masih jugak menunggu si polan tu?Alasan, tak mungkin dapat cinta kat orang lain lebih dari dia tu. Dia lah orang yang terbaik.Come on lah sayang. Kita kat dunia ni ditakdirkan berpasangan.Bila kita tinggal seorang, move on lah.Hidup ni terlalu singkat untuk kita persiakan.

Sakit putus cinta sampai takut nak bercinta lagi.

Putus cinta memang sakit.Badan rasa lemah,bergerak pun cam tak boleh,mata sakit sebab banyak nangis,suara serak,rasa nak muntah..Patut orang kata,feel like dying walaupun kita tak tahu camna rasa nak mati sebenarnya. Tapi aku selalu ingat,ni tips aku kalau putus cinta lah..Bila kita sakit tu,kita cakap kat diri sendiri..Dulu aku bahagia sangat sampai aku lupa camna rasa kecewa.Sekarang,baru aku tahu kecewa tu camna. Kira cam hukum karma. Sebab tu dalam hidup ni,kalau kita nak orang baik dengan kita, buat baiklah dengan orang. Kalau kita nak pasangan kita setia,setia lah dengan dia.Kalau kita curang,satu ari nanti,percayalah..akan terkena kat batang hidung sendiri apa rasanya bila pasangan kita pulak curang kat kita.

Setiap apa kat dunia ni ada harganya.Tiada apa yang percuma melainkan kasih sayang ibu kita.Mother's love ni satu-satunya benda yang aku rasa bersyukur sangat aku tak perlu bayar apa-apa untuk mendapatkannya. So, kalau itu harga penderitaan yang kita perlu bayar untuk mendapatkan sedikit kebahagiaan, bayarlah harga kebahagiaan itu. Mungkin kalau kita rasa sedih sangat sekarang,kita akan cakap..bila lah aku nak bahagia ni? Percayalah,hari itu akan tiba..

Till next time..xoxo..