Saturday, 31 December 2011

Entri Terakhir 2011



Hai kengkawan!

Hari ni 31 Disember 2011, bulan terakhir untuk i berada pada umur 23 tahun.Kenapalah i kena lahir bulan Januari? T_T

Cuma nak tulis apa i buat hari ni.Malam semalam Mr T (hubby) ada cakap yang dia nak pegi gym pagi ni so i pun bagitau dia..dari i tergolek-golek main internet kat rumah,baik i pegi ofis.Buat kerja.Ada jugak sumbangan kepada negara.

Pagi ini i buka mata tengok jam pukul 7, tengok Mr T tak bangun lagi. Buka FB,blog, dan buka Kosmo online kat hp jap. 30 minit berlalu. Okey,tidur balik.

Pukul 8.30,i bangun lagi. Tengok dia masih jugak tidur sedangkan i dah berkobar-kobar semangat nak bekerja nie.
Wifey : Sayang...awak tak jadi pegi gym ke?
Hubby : Tunggu jam saya berbunyi.

So sementara nak tunggu jam dia berbunyi,i pun pegilah mandi.Tau jerlah i ni kalau mandi paling kurang dah setengah jam. Lepas tu bersiap. Kalau bersiap,paling kurang pun setengah jam juga. T_T

Lepas i mandi, Mr T pulak mandi. Bila dia siap jer, dia terus cakap kat i..

Hubby : Saya dah nak turun ni.Awak turun sendiri ke?
Wifey : (eh,ada pulak i nak drive sorang-sorang gi ofis) Taklah. Awak hantar saya.
Hubby : Saya nak turun lagi 10 minit ni.Nanti kawan saya tunggu lama.

I dah kelam kabut.My 30 minutes routine jadi 10 minit jer?Dahlah i belum iron baju. Tadi dia cakap tunggu jam berbunyi..tak cakap pun nak turun 9.00 pagi. Adoi..Nasib ada BB Cream kesayangan (nanti i buat review), so i dapat skip beberapa langkah untuk kelihatan comel. (perasan sungguh!)

Masa i baru nak sikat rambut,dia dah tunggu depan pintu. I memang akan sangat stress kalau orang tunggu i bersiap camni walaupun dia tak cakap apa-apa.So, i capai jer handbag dan handphone, terus keluar ikut dia.Dalam perjalanan Mr T tanya i..

This is my favourite.

Hubby : Eh, awak tak bawa makanan awak? (tau juga dia kedai kat ofis i semua tutup)
Wifey : Tadi ingat nak bawa yogurt tapi awak tu cam rushing sangat,saya dah lupa.. 
(sambil buat muka dan suara sedih)
Hubby : Laaa..tadi kenapa tak cakap?
Wifey : Takpelah.. 
(konon-konon watak isteri yang baik dan tak kisahlah konon sedangkan baru teringat kat laci ofis i ada sikit lagi coklat cadbury.tak la i mati kelaparan nanti)


So,akhir cerita..Cadbury kesayangan save the day!!

HAPPY NEW YEAR 2012!!!!!


Friday, 30 December 2011

LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA


Hari ni i first time ternampak Segmen Lulu Caldina ni.Sejujurnya i tak pernah baca pun blog Cik Lulu ni (yelah,baru je jumpa tadi) tapi kenapa i berminat nak join sedangkan ada jugak beberapa blog lain yang buat segmen cenggini?

Main reason nya adalah sebab Cik Lulu ni perempuan macam i jugak so any opinion dari dia mestilah boleh pakai.Lagipun kebiasaannya perempuan akan bagi pandangan yang terbaik berkenaan perempuan kan?

Selain tu,tentulah sebab i nak menambahbaik blog i yang sangat sederhana dan kalau boleh nak menambah kawan-kawan di dunia blog ni.

I suka sangat nama Lulu sebab tu petname i yang husband panggil.   ^.^

Bagi i,walaupun baru baca arini,i tengok blog Cik Lulu nie comel,bersih,kemas,teratur..jadi i rasa memang layak sangatlah nak review blog orang lain.Yelah kan,sebelum menilai orang lain,kita kena pastikan kita elok kan?Kalau tak,nanti orang cakap..eeee..komen orang bukan main tapi sendiri tu sama jer..

Something yang i tak boleh explain tapi i rasa i boleh berkawan baik dengan Cik Lulu.Macam sixth sense yang mengatakan kat i,kita boleh ngam.Your blog gives a good impression of yourself..Seriously.I bukan puji sebab nak bodek tapi memang betul camtu.

Naa...tu jerlah sebab i berminat nak join segmen ni. Harap sangat i terpilih.

Kiss and hugs for miss lulu caldina..  xoxoxo!

Our 1st Anniversary


Happy First Wedding Anniversary Sayang!


 May this new year bring more happiness to our marriage.

Thanks so much for being a wonderful husband..

Thanks for taking care of me..

Thank you for being by my side

Thank you for making me laugh and smile.

I love you.

Thursday, 29 December 2011

Budak-buidak Zaman Sekarang



Tadi adik i sms..

Kak, boleh saya minta sesuatu?

Apa?

Tadi saya tengok PSP.RM600,semua dah complete..

So?

Boleh tak kakak tolong belikan?Nanti saya bayar.Tunggu saya dah kerja.

Okey,bila baca camni..rasa kesian pulak kat adik i tu.Tapi i terus call dia dan bebel..

Kau tau tak,kakak ni kerja pagi petang siang malam cari duit tau!Tidur pun 3-4 jam jer.Ingat kakak suka ke nak camtu?Kakak penat.Mata bengkak.Muka dah tak cantik (okey,perlu ke?) Orang lain best-best time malam dapat tengok tv,kakak berjaga buat kerja sampai 1 pagi.Sabtu Ahad,orang lain dapat rehat..pun kakak kerja jugak.Semua tu sebab nak cari duit.Kalau kau nak beli barang sekolah,takpe jugak.Ni nak beli mainan.Bukan dapat makan pun benda tu.Bukan dapat buat kau pandai pun.

Bukan nak merungut sebab semua tu memang pilihan i sendiri.Malah i bersyukur sebab diberi peluang untuk mendapatkan rezeki lebih.Tapi i sedih bila budak-budak ni macam tak faham betapa orang lain susah nak cari duit,diaorang senang-senang jer minta untuk dibazirkan.

Pastu,i pun rasa insaf.Dulu,masa i masih kecil..masih remaja..masih belum bekerja (pendek kata masa umur i bawah 18 tahun)..i pun camtu.Sesuka hati jer minta duit kat family.Nak topup henset,nak keluar dengan kengkawan,nak beli baju..semua i sesedap rasa je minta.Kalau family tak bagi,i merajuk.
I tak pernah terfikir susahnya nak cari duit.Family i bukanlah miskin papa kedana macam kat Bersamamu tu tapi family i sederhana jer,cukuplah makan pakai tapi tidaklah kaya raya sampai berlebih-lebih.Cuma tulah,kesedaran tentang susahnya nak cari duit tu memang kurang sangat di kalangan kami adik-beradik sebab kami biasa dimanjakan.

Bila dah kerja,bila dah kahwin,bila dah tinggal sendiri..hah,ambik kau!

Barulah merasa susah..barulah merasa time hujung bulan kena korek tabung syiling..barulah merasa tak boleh membazir asyik nak membeli yang bukan-bukan jek (errrr..kat entri ini,i memang membazir,i tau) I marah kat adik i bukan sebab i memang nak marah tapi sebab i tak nak dia jadi macam i..tak reti nak menyimpan duit,suka membazir dan sebagainya.

Okey,tamat sudah sesi melepas geram i hari ini.

Sekian.

Wednesday, 28 December 2011

Review Lulur Skrub Puteri Binari Bunga Chrysan

Hai kengkawan!

Memandangkan i tak boleh menyental badan (sebab nanti kulit badan i akan mengelupas), jadi sebagai alternatif i merajinkan diri mandi lulur.Mandi lulur ni amalan orang Indonesia..sebab tu kulit diaorang cantik-cantik even diaorang dah tua (i maksudkan artis-artis Indonesia tau).I beli Lulur Skrub Puteri Binari sebab Cik Fyna suggest.

Apa yang best pasal produk ni?

Tekstur dia tak kasar sangat, just nice. Jadi takdelah mengeringkan kulit.

Murah dan senang nak dapat.Harga asal RM13.90 tapi i minta less,dapat RM12.00..  ^.^

Wangi.Bau dia soft jer tapi memang wangi.

Guna sikit jer dah boleh cover satu badan jadi jimat.

Bila dah pakai,kulit rasa halus dan lembut macam kulit baby.

Yang paling best,walaupun ianya skrub tapi kulit i tak mengelupas lepas i guna.

Macam mana i mandi lulur?

Memandangkan i jenis morning person,i biasa mandi lulur di waktu pagi.Kebiasaannya i akan mandi lulur selang sehari.Caranya senang jer,lumur dan gosok-gosok secara perlahan-lahan lulur tu kat seluruh badan,biarkan selama 5 minit atau lebih..kemudian bilas.Lepas tu,kulit akan terasa lembut dan wangi.

Kebaikan mandi lulur ni,selain menghaluskan kulit ialah menghilangkan bau badan.Jadi sental lebih-lebih sikit kat ketiak tu tau. Mandi lulur juga boleh menghilangkan jerawat di badan (terutamanya di belakang badan).

Sebagai perempuan,i akan cakap this is a must have item.Nak cantik kena rajin kan?

Jatuh cinta tahap?
9/10.

Kat entri ini,i ada mention pasal Homemade Skrub Muka dan Badan tapi memandangkan i malas-yang-amat-sangat jadi something yang tinggal nak pakai jer macam produk ni memang pilihan utama i.

Till then..be good to each other ok..Babai!

Tuesday, 27 December 2011

How I Spend My Money Dec 2011

Hai kengkawan!
Tadi i kumpulkan semua barang yang i beli bulan ni.Pastu,suami pun cakap…wahhh..banyaknya barang i kosmetik awak..

Sorry for the quality.Tunggu next year kalau ada rezeki lebih,i beli camera canggih.


Yes,i admit bulan ni i banyak sangat membeli barang untuk tujuan kecantikan.Sebabnya kulit i yang ekzema teruk tu dah 80% sembuh (syukur sangat-sangat),pastu kerajaan bagi bonus,pastu bulan ni kami suami isteri murah rezeki dan last sekali,sebab bulan ni ialah bulan Christmas i so kena ada hadiah.  ^.^
I mungkin akan review tentang barang-barang yang i beli ni kalau ianya bagus.
Dr. G (Gowoonseesang) Brightening Balm SPF 30PA++
RM69
I beli kat SASA di Senai Airport.


Putri Binari Lulur Scrub Bunga Chrysan
Harga asal RM13.90 tapi i minta less so RM12.
I beli kat toko jamu di Plaza Seni.

Sabun Saanen Herba Pegaga Susu Kambing
RM2.80.
Toko jamu di Plaza Seni.

Olay Total Effect Anti-Ageing Eye Cream
RM39.90
Beli di Giant sebab kat kebanyakan tempat dah habis stok.

Pure Beauty Pomegranate Antioxidant Toner
RM20-RM22, lupa pulak harga exact.
Beli kat Watsons.

In2It Liquid Eyeliner
RM14.90
Watsons.

In2It Sheer Eye Colour
RM15.90
via online.
(erk..not in the picture yet sebab i order last week tapi belum sampai lagi)

Tak sabar nak buat review.

Take care!

Monday, 26 December 2011

Christmas 2011 Trip ke Melaka

Dear diary,

Masa 24 Disember lepas,kami (husband,adik i dan i) pegi buat one day trip ke Melaka Bandaraya Bersejarah.Perjalanan yang sangat fun,memenatkan dan buat i geram jugak sebab hujan.Kami bertolak alam 5.30 pagi dan merancang untuk balik dalam 6 petang tapi disebabkan hujan,terpaksa balik pukul 3.Akibatnya langsung tak dapat beli apa-apa souvenirs (tak dapat beli apa-apa langsung pun) sebab hujan mencurah-curah.

Apapun,kami rasa seronok sangat.I pun super excited sebab boleh bergambar banyak-banyak sampai adik i dah merungut sebab asyik nak kena ambik gambar jek..  T_T     Tapi i sedih juga sebab tak dapat berkumpul dengan family macam yang biasa dibuat setiap tahun sejak i lahir.

Gambar yang comellah konon-kononnya..
^.^
Adik lelaki tunggal i.
Us.
 
First time pakai topi cowboy.Baru beli terus pakai..

Semoga next year kami celebrate Christmas dengan new family member pulak.Amin.

Friday, 23 December 2011

Tips Untuk Kulit Cantik Dengan Mask

Hai kengkawan!

Kalau ditanya pada I,apakah produk kecantikan yang I paling suka pakai kat muka,jawapan I would be mask,atau lebih tepat tissue mask!Boleh dikatakan ini salah satu regimen tetap I untuk mendapatkan kulit yang cantik.

I sentiasa guna mask sekurang-kurangnya seminggu sekali,selalunya kalau suami kerja malam.I selalunya tidur dengan mask tu terus.Sebab tu kena tunggu time tidur sensorang,nanti suami I seram pulak tengok muka bininya bertepek mask.Selain tu,kalau I penat sangat atau kalau I tidur lebih dari 1 pagi dan the next day I kena kerja,memang I akan guna mask.

Mask yang i ada sekarang..Etude House,Joreins Mask & Ceutical Mask.
Macam mana I pakai mask?
I akan letak dalam peti sejuk.I memang ada 1 mask spare dalam peti sejuk,in case I nak guna.Then lepas cuci muka,I akan terus apply mask kat muka.Pastu,the remaining essence,I akan apply kat leher.Last sekali,tidur.Bila bangun pagi,muka sure akan nampak less tired,kulit lembut dan nampak cerah.

Mask favourite i?
Ceutical Mask (kalau sudi,bacalah review I pasal mask ni).Walaupun I dah try beberapa mask lain,bagi I,inilah tissue mask terbaik ever sebab kesan dia memang obviously nampak.Harga pun murah sangat.RM2.50/pcs.
My other mask?

Selain tissue mask,I guna pink clay mask.I beli dari Cik Zanox dengan harga RM25 kalau I tak silap.I malas sikit nak guna mask ni sebab kena jaga timing (pakai tak boleh lebih dari 20 minit tau,nanti kulit kering) tapi kalau I rasa muka I banyak sangat dah bintik putih & hitam,pastu tetiba jadi oily..i akan guna mask ni sebab lepas guna pink clay mask,dalam masa 20 minit tu,kulit I confirm terasa lebih halus,pastu bintik-bintik kat muka memang berkurangan.
Ok,tu jer tips dari i.Take care!

Tuesday, 20 December 2011

Kisah Anak Yang Berduka

Sebenarnya takde niat pun nak update blog di saat yang sungguh busy camni.Nak bagitau sebuah kisah jer..

Di suatu pagi yang indah,seorang anak telah mereloadkan henset ibunya yang tersayang.Sebaik sahaja menerima kredit tersebut,si ibu pantas menelefon anaknya....yang lain..

Ibu : Terima kasih sebab reloadkan mummy..
Anak kesayangan : Errrr...reload?    (anak ini baru bangun tidur dan tak tau apa-apa)
Ibu : Yelah,dah dapat dah kredit ni.
Anak kesayangan : Mana ada saya topup,saya baru bangun ni.

Sementara anak yang comel,cantik,pemurah dan baik pula begini.Selepas topup henset ibu,si anak yang comel itu lupa sms ibunya sebab dia sibuk.See,dalam sibuk pun masih jugak sempat topup sebab kesian kat ibu.Bila dah sejam lebih....baru si anak mesej ibunya..

Anak : Saya dah topup henset dah.
Ibu : NO REPLY.


Sedih.   T_T

Monday, 19 December 2011

Review In2It Xtra Lasting Liquid Eyeliner

Hai kengkawan!

Dalam entri ini,I ada mention yang I beli In2it Xtra Lasting Liquid Eyeliner with shiny finish.Dah 3 bulan I pakai (baru jer abis), sekarang I nak review pasal eyeliner ni.


Eyeliner ini sangat tahan lama iaitu lebih dari 8 jam kalau mata kita tak terkena air yang sangat banyak.Memang eyeliner ni waterproof tapi kalau let say kita basuh muka atau hujan ke..selalunya part yang kita sapu kat bahagian tepi mata macam tertanggal sikit.Tapi yang bagusnya,even terkena air atau apa,eyeliner ini takkan buat mata kita macam panda eyes sebab tekstur dia macam silikon.

I test letak tangan i kat bawah air paip.

Hasilnya as expected,hujung dia sikit je tanggal.
Ini ialah first liquid eyeliner I so I boleh katakan yang eyeliner ni senang nak apply for a first timer.Tak pernah ada adegan I tercucuk biji mata dengan berus tu so far.Bercakap pasal berus,berus eyeliner ni agak keras untuk orang yang tak berapa nak pandai macam I ni buat line yang halus.


Warna eyeliner ni sangat hitam tapi ada shiny sikit.Kalau tanya kat I,I lebih suka kalau eyeliner ini takde shiny-shiny segala.I prefer matte eyeliner.

Line yang i boleh hasilkan.
It dries in 60 seconds (approximately) tetapi bila tiba time nak remove eyeliner ni,I boleh katakan yang eyeliner ni agak sukar ditanggalkan.Tapi lojiklah kan,kalau senang sangat nak tanggal,nanti eyeliner tu tak long lasting pulak.
Overall,eyeliner In2It ini tidak mengecewakan,sama jugak macam produk In2It yang lain.Kalau nak tahu,bagi I eyeshadow,eyeliner dan two way cake In2It adalah sangat-sangat-sangat bagus lebih-lebih lagi dari segi waterproof dan long lastingnya.
Harga eyeliner ini ialah RM24.50 di Watsons/Guardian.
Jatuh cinta tahap?
8/10

Tuesday, 13 December 2011

Safety Tips Untuk Ladies

Hai kengkawan!

Entri ini dibuat atas dasar prihatin dan peringatan untuk diri sendiri serta ladies-ladies di luar sana..Ecewah!Kalau kita perasan,sebagai perempuan kita selalu jer dijadikan mangsa,mangsa ragut/rogol/rompak/culik dan sebagainya.Selain tu,kita pun selalu involve in accident yang disebabkan kecuaian kita.So,kat sini i nak share sikit beberapa tips untuk mengelakkan kita menjadi mangsa-mangsa keadaan..

Pastikan kita tahu mana satu button untuk tekan alarm tau.Jangan macam i. (n_n)

Masa on the way ke kereta,pegang kunci kereta siap-siap dan pastikan jari tu dah letak kat bahagian alarm supaya in case of emergency,kita just press butang alarm tu untuk menarik perhatian.
Ini penting tau.Banyak kes jenayah berlaku bila kita on the way ke kereta.So,katakan ada penculik ke apa..at least kita tak tercari-cari pepper spray ke,perfume ke (i pun perempuan dan i sangat faham how hard it is to find something in our handbag)..at least kalau alarm kereta kita berbunyi,kita boleh menarik perhatian orang yang terdekat dan ini mungkin menyebabkan penjahat tu panik.

Once kita masuk dalam kereta,jangan tengok cermin atau check handphone dulu (ini normal,i know) tapi lock the door first sebelum kita start enjin.
Masuk kereta jer,terus lock.Tapi make sure,sebelum masuk kereta,tengok dulu seat bahagian belakang,yelah..mana tahu ada orang dah bersembunyi kat belakang tu nak rogol/culik kita.

  
Masa makan kat kedai,lebih-lebih lagi kedai yang banyak jalan keluar,atau banyak orang lalu lalang, jangan letak wallet/handbag/handphone atas meja. 
Jangan sekali-kali fikir,takkanlah ada orang nak ambik barang kita tapi ini lojik tau.Just imagine kalau ada peragut,dia jalan jer tepi meja kita,ambil barang kita dan terus lari.Even kalau kita tengah makan dengan boyfriend pun,takkan kita expect dia nak lari kejar orang tu macam hero cerita Tamil.(Tak pasal-pasal orang jahat tu ready dengan asid,abislah muka hensem laki aku nanti.Adoyai..)


Bila kita beli minyak kat stesen minyak,masa nak bayar kat kaunter bayaran tu,pastikan kita lock kereta walaupun attendan minyak tu ada kat tepi kereta kita.
Ini common sense la kan.Nanti tetiba ada orang larikan kereta kita ke,ambil barang dalam kereta ke..kita mana tahu kan?Malang tak berbau.Kalau ada anak,jangan tinggalkan anak dalam kereta melainkan anak tu dah besar panjang.

Elakkan diri sendiri menjadi centre of attention.
I faham setiap perempuan memang kalau boleh nak semua mata memandang kat kita tapi kalau kita keluar seorang diri,tak perlulah kita pakai baju yang teramat low-cut sampai ilmu kita yang penuh tu boleh nampak,pakai dress yang terlalu pendek/ketat/jarang sampai semua boleh nampak..memang tu fashionable tapi bila kita pakai camtu,potensi untuk kita kena sexual harassment lebih tinggi.I tak rasa ada perempuan suka dirinya diraba-raba oleh orang yang kita tak kenal lagi-lagi ( err..kalau muka macam Jang Geun Suk yang cute tu,i tak kisah kot..hihihi..).

I pernah mengalami satu situasi yang i ingat sampai sekarang.I masa tu baru balik shopping dan memakai seluar 3 quarter dan tshirt yang ikut bentuk badan ( i rasa pakaian i tu biasa je,tak seksi pun).Kedua-dua tangan i penuh dengan barang dan i lalu satu tempat yang agak sunyi (itu jalan shortcut) sorang-sorang.Tiba-tiba muncul dua lelaki mabuk usik-usik i.I pun cuba jalan cepat-cepat dari tempat tu  tapi yang paling i ingat,sorang laki tu sempat menepuk punggung i.I cuba nak menjerit tapi suara i macam dah tak terkeluar sebab i takut dan panik.Tapi,nasiblah takde benda yang lebih buruk berlaku.

Jangan ambil makanan/minuman sesuka hati.
Ini i share satu lagi cerita.Masa tu,i dengan tunang (masa tu tunang lagi.hehe) naik bas awam.Masa tu bulan puasa.Di tengah-tengah jalan ni,tetiba azan pun berbunyi menandakan waktu berbuka puasa.Ada sorang perempuan bertudung dalam bas tu,dia tak bawa apa-apa makanan untuk berbuka.Then ada sorang penumpang lain (lelaki) bagi dia Nescafe dalam tin.Perempuan tu ambil jer sambil ucap terima kasih.

Tapi i pelik sebab perempuan tu tak minum pun Nescafe tu.Korang bayangkan,masa kita tengah lapar+haus,tetiba ada orang menghulurkan setin minuman yang sejuk+sedap.I mula fikir kenapalah lelaki tu tak bagi kat orang yang confirm menghargai pemberian dia iaitu i.
Hubby : Tengok,dia tak minum pun air tu.Awak nanti,kalau ada orang bagi minuman,jangan minum je.Kita mana tahu niat orang.
Wifey : T_T (macam tahu jer benda yang i fikir)
Moral di sebalik cerita ini ialah jangan asyik fikir semua orang dalam dunia ni baik.

Jaga persekitaran kita.
Kebelakangan ini banyak kes simbah asid kan?I sebenarnya tak faham kenapa ada orang nak buat camni sebab ada kes yang diaorang buat random je.Sesuka hati simbah asid kat muka orang.I langsung tak boleh terima perbuatan orang ni dan sepatutnya bagi pilihan kat mangsa sama ada nak simbah jer muka dia dengan asid atau penjarakan dia.

Jadi kalau kita pegi mana-mana,berhati-hatilah dengan persekitaran kita.Jangan asyik bertelefon sambil berjalan (macam i), jangan baca buku sambil berjalan in public (macam i jugak), jangan tengok lelaki hensem / perempuan pakai baju pelik-pelik sahaja tapi ignore benda lain (pun macam i).Pendek kata,stay alert okey?

Cukup kot apa i taip ni.Taip panjang-panjang pun tak guna jugak sebab kebanyakan yang i cakap ni,semua common sense.Apa pun,i doakan kengkawan i selamat jer di mana-mana.Take care!

Thursday, 8 December 2011

Muka Yang OK Tanpa Make Up

Hai kengkawan!

Kesian blog ni lama tak diupdate sebab i busy sangat.Sangat busy sampai dah tiga malam kena tidur 1 pagi.Tapi takpe,demi mencari rezeki,i gagahkan jugak.Ecewah!So memandangkan i selalu tido lambat,pagi ni i 'terbangun' lambat (guna word 'terbangun' sebab betul-betul tak sengaja).

So aktiviti i jadi camni.

Mandi - Skip conditioner.I guna shampoo lain yang memang dah ada conditioner. 

Muka - I guna pencuci muka,moisturising lotion,pelembab dan eye cream.Oh,lip balm jugak.Wajib!Tak kira lambat mana,wajib pakai ni.

Make up - Skip.

Kulit muka i memang takde masalah sangat tapi takdelah perfectly flawless.Bila tak guna mekap,muka i nampak pucat dan eyebag i nampak teruk sangat (yelah,tido lambat kan?).

Apa yang i buat?


Sebenarnya boleh jer guna BB Cream (i takde BB Cream) tapi kalau nak lagi jimat,gunalah Alas Bedak Sari Ayu. I beli yang warna Kuning Pengantin. Dalam memilih warna,pastikan warnanya sesuai dengan tona kulit kita.Kulit i jenis yellow tone,so i guna ni.Harganya pun murah sangat,RM5-RM6 jer ( i tak ingat exact price) I jarang sangat guna ni tapi kalau time-time terdesak tak nak muka pucat macam tak tidur seminggu,gunakanlah alas bedak ni.

Macam mana i pakai?

I pakai macam sapu krim muka.Letak dot..dot..dot kat muka dan leher,then sapu,pastu siap!Tak sampai 5 minit pun.

Apa yang best pasal alas bedak ni?

Alas bedak ni tak cakey.Senang sangat nak ratakan.Warnanya pun sekata dengan kulit.Bila dah pakai,muka tak nampak berminyak.Dan yang paling penting,muka tak nampak pucat.

So sementara i fikir nak beli BB Cream ke tak,i gunalah alas bedak ni.Ok,babai.

Saturday, 3 December 2011

Review Filem Ombak Rindu

Hai kengkawan!


Semalam i pegi menonton Ombak Rindu dengan dua orang kawan kesayangan.Siyes i cakap,pada mulanya i memang tak teruja langsung nak tengok filem ni sebab i tak berapa setuju Maya Karin dapat watak Izzah.Bukan i benci dia,cuma ntahlah..tak berapa minat.Tapi sebab i tak nak tinggal sorang-sorang kat ofis time rehat,i pegi jugak.

Semua orang tahu yang filem ni adalah berasal dari novel Fauziah Ashaari.I memang peminat tegar novel Ombak Rindu.Start baca dari form 1 dan i dah baca novel tu berkali-kali.Even semua novel sambungan kisah cinta Izzah dan Haris (tak silap i ada empat kesemuanya),semua i dah baca.Sebab tulah i risau filem ni tak menepati expectation i yang tinggi menggunung.

Tapi bila dah tengok,i rasa filem ni best sangat.Scene kat filem ni sangat cantik.I rasa filem-filem Osman Ali yang i pernah tonton (Cun dan Ombak Rindu jer pun), signature pengarah ni ialah scene yang cantik dan kualiti scene yang nampak klasik dan penuh ciri-ciri nusantara.Ada rumah dengan ciri-ciri kampung,sawah padi..kira trademark dialah.

Maya Karin tidaklah mengecewakan i.Memang boleh convince la watak Izzah yang dia pegang tu.Lisa Surihani pulak nampak different sangat lakonan dia dalam filem ni sebagai Mila Amylia.Sangat cantik (mekap dia memang terbaik) dan comel.Aaron Aziz? (sila bayangkan muka i tersengih macam perempuan tak pernah nampak lelaki hensem sekarang).Aaron sangat handsome dan punya ciri-ciri Haris..hensem,tinggi,putih..Memang i rasa dialah paling layak pegang watak ni.


Filem ni ada alter sikit-sikit,taklah exactly macam novel tapi i suka sebab part-part menarik dalam novel tu,memang dia masukkan dalam filem ni.Lagu tema dia pun unik.Ada adegan ranjang..(sebenarnya takdelah ranjang sangat pun) tapi adegan yang sangat sweet..Teringat masa Haris cakap kat Izzah..kau suka tak aku sentuh bibir kau macam ni? Kalau i jadi Izzah,confirm i jawab..sukaaaaa sangat! (heee..gatal.)


Babak-babak yang i suka

Masa Haris kenyit mata kat Izzah dalam ofis
Even kawan i cakap kalau Haris kenyit mata kat dia,tak tido malamlah jawabnya.Haha.I memang setuju.

Mila cakap..itu bukan redha namanya.Itu pasrah.Redha tu ikhlas.
I suka sangat skrip ni.Terbaik.


Masa Haris cakap..kalau perempuan,kita namakan Nur Izzah,kalau lelaki..Haris Junior.
LOL! Cute sangat.


Ni lah scene Haris Junior tu..

Scene pertama kali Haris peluk Izzah dan cakap dia sayang Izzah.
Scene yang sangat cantik.


I boleh jer taip panjang lebar tapi cukuplah kot.Filem ni memang highly recommended kepada perempuan-perempuan di luar sana.Last sekali,kesimpulan yang i buat ialah Aaron Aziz sangat handsome. (kesimpulan jenis apa ni?)

Jatuh Cinta Tahap?
10/10.Filem ni lagi best dari Nur Kasih.

Thursday, 1 December 2011

My December 2011

Hai kengkawan!

Sebenarnya i sangat busy tapi sebab i nak update tepat pada 1 Disember 2011,jadi i gagahkan diri jugak.Akhirnya berakhir juga setahun dalam hidup i.I nak update erti bulan ni kepada i.


16 Disember 2011
Pada tarikh ini,genaplah i tiga tahun berkhidmat dengan kerajaan dan genaplah i tiga tahun tinggal di tanah orang.

18 Disember 2011
Adik i akan datang JB.So,kami (suami,i dan adik) merancang untuk bercuti sehari dua.Tak boleh lama sangat sebab i kan pekerja yang terlebih bertanggungjawab.Rancangannya nak ke Melaka sebab i nak makan chicken rice kat situ.Yang nasi dia bentuk ball tu.Terlalu sedap ok.


22 Disember 2011
Birthday lelaki yang paling lama i sayang.Sebenarnya i tak pernah bagi hadiah kat dia sebab tu bukan tradisi family i (too bad,i know).Tapi i berniat tahun ni,i nak bagi hadiah birthday,pos kat dia..Cuma i belum plan nak beli apa..

25 Disember 2011
Sejak i kecil,family i akan celebrate birthday i setiap 25 Disember sebab alang-alang dah berkumpul kat kampung masa Krismas tu,jadi terus sambut birthday i lah.Birthday i yang betul ialah 17 Januari yer..Kalau rasa nak bagi hadiah,bagi jer Lip Balm Etude House/apa-apa yang comel kat Etude House (erk,boleh tak main request hadiah camni?)


Hadiah yang macam ni sure buat i senyum sepanjang hari.

Selalunya i akan celebrate my real birthday dengan boyfriend/tunang/husband (ikut turutan masa) dan my fake birthday pulak dengan family.Best sebab ada double birthday.Tahun ni..okey,kena pause sekejap sebab i mula sedih ni...Hmm..Tahun ni i tak balik.First time tau.Tak pernah i tak balik time krismas ni.I will miss my family.

30 Disember 2011
Kalau ikut dalam sijil pendaftaran perkahwinan,pada tarikh 30 Disember 2010,i kahwin.I selalu lupa tarikh ni sebab bagi i tarikh ni macam tak penting je.Yelah,just sign sijil kahwin tapi suami pulak cakap inilah anniversary yang sebenar.I suka anggap tarikh kami declare as couple tu sebagai anniversary date.Apa-apalah.Yang penting,bulan ni,i genap setahun bergelar isteri.

Syukur sebab i dikurniakan suami yang baik dan memahami.

I tak tahu nak buat apa untuk 1st anniversary kami ni.Kalau sekadar pegi dinner tu macam biasa sangat sebab kami akan pegi dinner for my birthday,his birthday dan segala macam 'Day' lagi.I ingat nak buat something yang akan jadi rutin wajib kami tiap tahun pada anniversary kami.

Ini sangat super duper cool.

Sebenarnya i terfikir nak suruh suami bakar bunga api yang macam time merdeka tu tapi i tahu,dia mesti cakap i saja nak suruh dia kena tangkap sebab buat pembakaran terbuka.Lagipun manalah nak cari bunga api ni.  =.=

Nanti i update kami buat apa yer...

Tahun depan i dah 24 tahun.Terasa diri ini sungguh tua. 

Sunday, 27 November 2011

Review Losyen Vaseline Cocoa Glow

Hai kengkawan!


Akhir-akhir ni rajin pulak i update blog.I sebenarnya nak cerita pasal produk terbaru yang i beli dua hari lepas iaitu Vaseline Cocoa Glow Lotion.I rasa ini ialah produk terbaru dari Vaseline kat Malaysia ni sebab sebelum ni tak pernah nampak pun.I beli dengan harga RM14.50 (250 ml) di Watsons.Ini adalah losyen Vaseline pertama yang i beli.

Kenapa beli produk ni?
Sebab i suka packaging dia.Botol dia warna coklat (i tak pernah tengok pun botol losyen kaler ni).Bila i first tengok,i cium bau dia,terus i ambik tanpa tengok label dan harga.Bau losyen ni sangat sedap (i terpaksa spend masa hidu tangan sendiri sebab susah nak describe bau losyen ni)..hasil deria hidu i,i buat kesimpulan losyen ni bau macam coklat yang dicairkan+butter+caramel..Selalunya kan losyen bau bunga,so i memang terlebih excited bila ada losyen yang bau coklat.

Losyen ini tak berwarna putih tapi dia berwarna coklat cair (ada a very little hint of brown dalam warna losyen ni.Unik,i suka...   :)

Ada 3 jenis packaging.I beli yang kat tengah tu.

Apa yang i suka pasal produk ni?
Bau dia tahan lama.I start pakai dari pagi,memang boleh tahan sampai petang.I kerja dalam aircond yer..

Tekstur dia tidak cair tapi tidaklah terlalu pekat. (Dari 1-10,tahap kepekatan losyen ini ialah 8).

Dari segi melembapkan kulit,losyen ni does its job perfectly.Kulit i yang sungguh kering ni tak rasa merekah atau tidak mengelupas.

Apa yang i tak suka?
Harga losyen ni agak mahal kalau nak dibandingkan dengan losyen yang i biasa pakai.

Pengalaman i?
Memandangkan losyen ni berbau sedap,i paksa suami i rasa losyen ni.Hahaha.I bagi tangan i,suruh dia rasa sikit.Dia siap tanya,i nak suruh dia mati ke.. =.=    Tapi demi kasih sayang kat i (sebenarnya tak nak i merajukla tu),dia rasalah jugak.Dia cakap takde rasa apa pun.Nasiblah.Kalau rasa coklat,abislah losyen ni i makan kalau dah terdesak sangat kelaparan.

Jatuh cinta tahap?
10/10.



Saturday, 26 November 2011

Review Happy Feet 2

Hai kengkawan!


I memang penggemar cerita kartun yang comel-comel macam Ice Age (my favourite!),Happy Feet,Magadascar (sekadar menyebut beberapa nama).So semalam i pegi menonton wayang dengan suami untuk cerita Happy Feet 2.Kami tengok in 3D sebab tu jer pilihan yang ada.Membazir duit betul.


Filem ni tentang apa?
Konsep dia lebih kurang Ice Age.Untuk Happy Feet 2 ni,ais kat Antartika tu cair.So,penguin-penguin ni cuba menyelamatkan diri.Dalam usaha menyelamatkan diri tu,mereka dibantu oleh singa laut yang bernama Bryan dan penguin dari Adele (kat HF 1,Mumble pegi situ.Yang ada scene nyanyi lagu My Way tu).Kira konsep dia macam kalau kita bersatu padu,kita akan berjaya.
I cerita sikitlah ye..

Ni Erik.Dia sangat adorable,fluffy,gemok..jalan pun comel..

Mumble dah kahwin dengan Gloria,ada anak bernama Erik.Masalahnya Erik ni tak pandai menari.So Erik pegi ikut penguin yang nyanyi lagu My Way (lupa nama dia,adeh!) pegi kat Adele.Mumble risaukan Erik,so dia pun pegi cari Erik.Bila dah jumpa,masa diaorang nak balik ke Emperor Land,tiba-tiba diaorang tengok semua penguin kat Emperor Land ni terperangkap di bawah bongkah ais.Macam kat gaung la.So,diaorang try selamatkan penguin-penguin tu.

Will dan Bill 
Komen i tentang filem ni..
I rasa filem ini okeylah tapi HF 1 lagi best.Lagu-lagunya pun agak kurang famous kalau nak dibandingkan dengan HF 1.Tapi i suka lagu SexyBack masa mula-mula tu,siyes comel.Erik pun comel sangat.Pastu i rasa udang 2 ekor (Will & Bill),watak tu macam tak perlu jer.I ada rasa macam sedikit tidak berbaloi i nak menonton filem ini dalam 3D.

Jatuh cinta tahap..
7/10

Friday, 25 November 2011

Antara Kaktus dan Orkid

Dear diary,

Hari ini hati i berbunga-bunga.

Tadi lunch dengan suami kat Mekdi.Masa tengah lunch tu,kami berbuallah macam biasa.I tanya kat dia camni.."Kita dah lama bersama.Cuba awak bagitau saya 5 benda pasal makanan tentang saya..”  Be careful with this kind of question tau sebab silap-silap boleh buat gaduh.  

Suami I bukan jenis yang romantik,jauh sekali jenis yang mulut manis.Bila I tanya macam tu,I ingat mesti dia jawab suka hati jer..Tapi jawapan dia mengejutkan I,dan tentulah buat I senyum..kalau tak,takdelah I nak tulis kat blog ni..kan?

 
Ni antara jawapan dia..

‘Awak tak minum kopi..dan Nescafe..   ^.^
‘Awak suka makan benda berlemak.’  =.=
Yang ni i bebel kat dia sebab jawapan ni general sangat so it doesn't count.

 'Awak tak suka semua benda yang warna hitam.'   (cth : kicap)     ^.^
'Awak tak suka makan daging'.
Hah,yang ni pun i bangkang sebab i suka makan Big Mac.Dia jawab i memang tak suka makan daging original macam sup tulang,sup daging,mee rebus daging suma tu sebab i cakap benda tu bau macam bau ketiak.   ^.^

'Awak tak suka makan ketam'.
Wifey : Eh,bila masa saya tak suka makan ketam? 
Hubby : Awak kan tak reti buka kulit ketam?
Wifey : Memanglah.  =.=    Tapi awak kan ada?

'Awak tak suka makan ikan'.   ^.^
'Awak tak suka makan benda yang leceh.Kalau boleh,awak nak benda yang ambik,terus masuk mulut.    ^.^ 
Memang dasar pemalas,i tahu.  


Hah,cukuplah 5 benda tentang i.Moral of the story,don't judge the book by its cover.Kadang-kadang,bila kita dah lama bersama,kita selalu ingat pasangan kita dah tak kisah pasal kita tapi hakikatnya,mereka masih ambil berat pasal kita.


I selalu berharap agar hubungan ini seperti menanam kaktus.Yelah,kaktus hanya perlu sikit air,oksigen dan cahaya.Untuk makluman,kaktus ialah tumbuhan kegemaran i sebab sesuai dengan si pemalas macam i.


Hakikatnya,hubungan ini seperti menanam orkid.Perlu selalu dicantas supaya cantik bentuknya,perlu dibaja,disiram..pendek kata,perlukan extra care.Barulah orkid tu berkembang cantik.Untuk bercinta dan berkahwin ni senang,asal ada duit dan sikit kasih sayang,dah boleh on jer.Tapi nak mengekalkan semua tu,sangatlah susah.Hari-hari kena berjuang.

Last sekali,i doakan semoga kami terus kuat berjuang.   ^.^


Saturday, 19 November 2011

My Guilty Pleasure

Hai kengkawan!
I ni suka jer buat tajuk bajet-bajet orang putih kan.Tapi yela,I tak tahu camna nak cakap guilty pleasure cakap melayu.Adakah keseronokan yang bersalah?Pelik jer bunyinya.
Sebenarnya I nak cerita benda bodoh-bodoh je pun.Semalam I pegi makan nasi ayam penyet dengan kengkawan.Memandangkan I rasa teringin sangat nak minum milo,so I pun orderlah Milo Dinasour. Milo Dinasour ni cam milo ais jugak cuma on top of it,orang tabur milo.Ni first time I minum minuman ni,selalunya tengok orang minum jer.
This is it.Sedap yang amat.

Okey,apa kena mengena milo ni dengan guilty pleasure pulak?
Hah,I sebenarnya tak boleh minum milo.Kalau I minum milo,I akan rasa sakit nak buang air kecil.I pun tak tahu kenapa.Ada ke orang sakit pelik macam I ni?Setakat ni I tak pernah dengar lagi.
Kalau I minum segelas milo,I kena minum sebotol besar air kosong.Gila.Semata-mata nak minum milo segelas,kena minum air kosong 1 liter.Tak berbaloi kan?Sebab tu I hanya minum milo bila betul-betul teringin dan bila I yakin orang tu buat milo yang sangat sedap.
Lepas minum semalam,I tak minum air kosong yang mencukupi sebab I lupa yang I akan sakit.Hari ni weekend,I minum air dua gelas kecil jer sebab malas.Bila petang jer,hah..ambik kau!Sakit I muncul.Jadinya I asyik buat lawatan ke Cik T.Padan muka. (n_n) 
Pastu,naik kembungla perut comel i ni sebab kena minum air yang banyak sekaligus.

Bestfriend i buat masa ni.

Tengok gambar rasa nak minum lagi.Kalau suami i tahu ni,confirm kena bebel.

Moral of the story..always take care of yourself.Kalau nak sakit,pastikan berbaloi.