Friday, 2 December 2016

Tarikh gaji kakitangan awam bagi 2017



Alahai...pening tengok gaji awal bulan oktober tu...tahun depan nak berjimat kononnya. Amin. Mudah-mudahan ekonomi malaysia berkembang tahun depan.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 16 November 2016

5 tips memilih tadika untuk anak

Hai.

Lamanya i tak update blog. Eh dah kenapa tetiba i ni. Saja je sebenarnya. Dah nak tahun baru kan..orait memandangkan dah nak tahun baru,mesti ibu bapa sibuk mencari tadika untuk anak-anak. I nak kongsi lima tips mencari tadika untuk anak memandangkan i dah ada sedikit pengalaman menghantar anak ke tadika.

1. Keselamatan dan kebersihan. Ini yang paling utama. Anak i akan habiskan separuh hari di situ jadi i nak pastikan yang dia selamat. Untuk memastikan keadaan ini,i kena pergi ke tadika tersebut pada hari biasa. Maksud i,sewaktu persekolahan biasa. Masa ini,kita boleh tengok sendiri keadaan tadika di pada hari persekolahan yang biasa.

2. Silibus yang digunakan. Okey,setiap ibu bapa ada kehendak tertentu. Ada yang mencari tadika yang berunsurkan pendidikan,agama,montessori,seni dan macam-macam lagi. U kena tengok buku apa yang digunakan,tanya cara guru akan mengajar,pengalaman guru yang mengajar..pada i,ini sangat penting. Sebab ini yang akan menentukan apa akan jadi pada anak i untuk jangka masa setahun.

3. Bawa anak ke tadika tersebut. Anak kita yang akan belajar jadi kita kena bawa dia ke situ. Tengok dia okay tak, serasi tak. Ada sesetengah tadika menyediakan trial class,kita boleh bagi anak kita untuk mencuba. Kalau anak kita gembira,kita pun senang hati kan? Tapi mungkin anak kita tak suka jugak..yelah pada permulaan dia mungkin tak biasa. Masa ni,u kena pujuk anak u baik-baik. Jadi kawan dia.

4. Yuran. Ya,sekarang semuanya berkaitan dengan duit. U kena tengok yuran tadika tersebut. Mesra poket tak. Pada i dan suami,kami usaha bagi yang terbaik untuk anak. Anak-anak adalah tanggungjawab kita jadi kita kenalah usaha untuk bagi yang terbaik pada mereka. Tapi u jangan pulak hantar anak u pergi tadika mahal sebab u nak bersaing dengan ibu bapa lain. Ada kalanya,tadika biasa lebih bagus dari tadika swasta sebab ada tadika swasta yang hanya nak ambil keuntungan semata-mata. U fikirlah kan..mana tadika yang elok untuk anak u,yang u senang nak hantar dia ke tadika tu,yang tak menyusahkan u atau anak u..

5. Okey,tips akhir adalah komunikasi. U kena tanya cara komunikasi antara ibu bapa dan guru. Ada yang guna whatsapp,ada yang guna daily diary,ada pulak yang panggil untuk parent teacher meeting dan ada tadika yang guna cctv di mana u boleh tengok anak u di handphone..cool tak? Hehe. Masa u jumpa pengetua untuk bertanya mengenai tadika tersebut,u kena tengok...pengetua tu jenis passionate tak mengenai kerja dia. Dari cara pengetua je u boleh tengok cara sekolah tu akan dikendalikan. Macam i sendiri,kami sekeluarga didik anak dengan cara yang lembut jadi untuk sekolah,i cari yang sedikit tegas supaya rissa boleh bersedia untuk masuk darjah 1 nanti.



Apa pun,i percaya tiap ibu bapa punya niat yang baik dan harapan yang besar untuk anak-anak. I doakan anak-anak kita semua jadi insan yang berguna,yang akan menyenangkan hati kita. Amin.

p/s : i lupa pula. U boleh google mengenai tadika tersebut sebab selalunya mak-mak akan bagi review tadika anak mereka.

posted from Bloggeroid